Salahkah kami Generasi Y ?

2:01 PTG 0 Comments

Beberapa ketika ini sesuatu yang berfikiran dalam minda aku, tentang Generasi Y. Boleh di katakan banyak orang-orang lama meletakkan semua kesalahan dan ketidak matangan terhadap Generasi Y.

Perkara yang bermain pada minda orang lama "Anak-anak muda sekarang tidak tahu susah dan tak menghargai nikmat merdeka".

Dunia Pantas

Apa nak buat ? Hari ini dunia bergerak pantas dari segi maklumat mahupun kehidupan dan sebagai contoh kini ada matrikulasi dan pelbagai cara nak dapatkan ijazah lebih pantas. Mungkin aku nak letakkan kesalahan pada KERAJAAN sistem pelajaran kerana terlalu fokus dengan pemarkahan kemudian lupa aspek etika seseorang.

Terlalu banyak budaya yang kita terima. Kita tidak tahu menilai budaya mana yang lebih baik dan patut kita ambil sebagai contoh. Maksud saya di sini, adalah akses kepada internet yang menjadikan budaya luar masuk tanpa sebarang pemantauan. Tambahan lagi akses tersebut tidak kita umur malah seawal 10 tahun seseorang boleh menerima pelbagai pengaruh yang kadang kala dia sendiri tidak faham.

Hari ini blogger di Malaysia muncul "bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan", mungkin petanda yang baik kerana rakyat Malaysia sudah menghargai kepentingan informasi . Tetapi sayang adakah rakyat Malaysia yang menerima informasi tersebut cukup matang untuk menghadam perkara yang penting ?  Kamilah Generasi Y yang menerima maklumat tersebut dan usia kami masih muda untuk bertenang dan berfikir ,

Jadi sekali lagi saya ingin menyalahkan KERAJAAN kerana memberi kemudahan pada waktu yang sepatutnya . Bila "mindset" menyalahkan orang lain ini berada dalam fikiran aku, aku berfikir sejenak SIAPA kerajaan ? Kemudian teringat kepada kata-kata bapa aku, "RAKYAT ITULAH KERAJAAN" . Jadi orang yang patut aku persalahkan adalah diri sendiri kerana terlalu menyalahkan pihak sana dan sini dan kemudian cuma memeluk tubuh .





0 ulasan: