Memaparkan catatan dengan label Nasihat. Papar semua catatan

Siapa Manusia ?

Biar saya mulakan kolum ini dengan membincang secara ringkas soalan siapakah itu manusia. Dalam adegan, pemandangan 2, watak utama dalam drama Shakespeare dengan nama yang sama, Hamlet, bertanya: "Ciptaan apakah ini manusia ??" yang nampak begitu hebat! 

Mengikut ajaran Quran, manusia atau insan dijadikan dari tanah (6:2), dari segumpal darah (96:2), dari air mani yang terpancar (75:37). Namun demikian, perkara pertama yang harus kita faham ialah manusia dijadikan Tuhan sebagai khalifah di Bumi (Lihat Quran, 2:30). Khalifah ertinya pengganti atau raja. Ini bermakna manusia suatu makhluk yang mengganti satu makhluk lain sebelum ini, dan dia juga berpotensi menjadi raja yang boleh mentadbirkan dirinya dan dunia.





Dalam sebuah ayat lain yang dahsyat yang sama maknanya, Tuhan menawarkan tanggungjawab memerintah dunia kepada langit, bumi dan gunung-ganang, tetapi mereka menolak tawaran ini kerana takut tidak boleh melaksanakannya dengan baik. Sebaliknya, manusia menerima tawaran berat ini. Ini membuktikan bahawa dia mempunyai satu destini yang besar, yang tidak sanggup dipikul oleh makhluk-makhluk lain. (Lihat Quran, 33:72)
Ini perkara pertama yang mesti kita tahu tentang manusia, yakni diri kita.

Perkara kedua, manusia itu hamba Allah, Yang menjadikan dia dan menjadi langit dan bumi, mengikut suatu pertauran yang dipatuhi oleh langit dan bumi tanpa pilihan, tetapi yang mesti juga dipatuhi oleh manusia secara sukarela. Ini kerana manusia berbeza daripada makhluk-makhluk lain kerana dia diberi akal oleh Tuhan dan harus memilih antara yang baik dan yang jahat. Cerita Adam dan Hawa, yang melambangkan manusia pertama, dinyahkan dari syurga kerana melanggar perintah Tuhan daripada mendekati "pohon ini" (Lihat Quran, 2:35) menunjukkan bahawa "pohon ini" merupakan sempadan antara makhluk yang bersifat kebinatangan dengan makhluk yang bersifat kemanusiaan. Sempadan ini sarat dengan bahaya, kerana jika makhluk ini melangkah sempadan ini, ia mesti bertanggungjawab atas segala apa yang dia lakukan. Sempadan ini tidak lain dari ilmu atau kesedaran tentang baik dan jahat. Sebelum ini, makhluk ini tidak lebih daripada binatang yang bertindak mengikut nalurinya. Sekarang makhluk ini mencapai taraf manusia atau dalam istilah sains, Homo Sapiens, makhluk yang berakal. Dari segi sejarah perkembangan hayat di Bumi, ia merupakan suatu detik yang kritikal. Sebab itu Tuhan melarang Adam dan isterinya mendekati pokok itu, tetapi tidak pula Dia menghalang mereka daripada melangggar perintah-Nya. Ini membuktikan bahawa makhluk manusia tidak dapat tidak mesti melalui proses pemanusiaan.

Inilah perkara kedua yang harus kita fahami tentang manusia. Dia hamba Tuhan yang diberi kebebasan untuk mentaati atau mengingkari-Nya. Seeloknya, dia mesti taat secara sekarela. Inilah manusia yang dinamakan mukmin.

Perkara di atas membawa kita secara logik kepada perkara ketiga. Perkara ketiga ialah, dengan kebebasan, manusia boleh membantah perintah Tuhan dan menjadi seorang pemberontak. Ini menyebabkan manusia berpecah menjadi dua jenis: manusia beriman dan manusia kafir. (Lihat Quran, 64:2) Cerita dua orang anak Adam yang berkelahi hingga seorang daripadanya membunuh saudaranya (Lihat Quran 5:27-31) membuktikan kewujudan dua jenis manusia ini.

Dua jenis manusia ini berpecah pula menjadi tiga jenis: mukmin, kafir dan munafik. (Lihat Quran, 2:8-10) Kedua-dua kafir dan munafik tidak beriman kepada Tuhan, tetapi yang munafik itu lebih berbahaya kepada manusia, kerana mereka berpura-pura beriman, tetapi sebenarnya kafir.

Apabila Tuhan nyahkan Adam dan Hawa daripada syurga pertama (kehidupan tanpa kesedaran), Dia menjanjikan mereka petunjuk yang akan dikirim kepeda mereka dari semasa ke semasa. Selagi mereka mengikut petunjuk ini, mereka akan selamat. Mereka yang menolak petunjuk ini akan menderita azab neraka. (Lihat Quran, 2:36-39).

Inilah perkara keempat yang harus kita sedari. Iblis atau Syaiatan, yang melambangkan prinsip pemberontakan terhadap Tuhan (Lihat Quran, 2: 34-26), telah memecahkan manusia, melalui komplot dan hasutanya, kepada tiga jenis: mukmin, kafir dan munafik. Namun demikian, Tuhan telah berjanji kepada orang mukmin bahawa selagi mereka kekal mukmin dan berjuang di jalan-Nya, mereka akan dapat mengatasi musuh-muush mereka dari kalangan orang-orang munafik dan kafir dan akan mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. (Quran, 40:51) Sebaliknya, jika mereka membenarkan diri mereka diperdayakan oleh dan tunduk kepada Syaitan, mereka akan gagal dan menderita azab neraka. (Quran, 17:22)

Perkara keempat ini, nampaknya, menjelaskan kepada kita bahawa manusia tidak boleh lari daripada panduan Tuhan melalui kitab-kitab-Nya yang dikirim kepada ramai nabi dan rasul. Seperti yang diketahui oleh orang Islam, panduan Tuhan yang terakhir, lengkap dan sempurna terkandung dalam Quran.

Perkara di atas menunjukkan bahawa akal manusia, walaupun tinggi nilainya dari segi ajaran Quran, mesti menyelaraskan saranan-saranannya dengan petunjuk daripada wahyu Ilahi. Ayat 100, surah 10 dengan jelas menunjukkan keselarasan akal dengan iman dari segi ajaran Islam. Kita menekankan perkara ini, kerana terdapat zaman-zaman dalam sejarah manusia apabila manusia menadi rasionalis pelampau. Satu daripada zaman itu ialah abad kelapan belas Eropah. Abad ini dikenal dalam sejarah Eropah sebagai The Enlightentment atau The Age of Reason.
Sempadan antara akal yang betul dengan iman yang betul boleh menjadi sangat samar atau sangat berbahaya. Kita telah melihat zaman-zaman apabila nama Tuhan telah digunakan untuk melakukan penipuan dan penindasan yang dahsyat. Kita juga telah melihat zaman-zaman apabila atas nama akal rasional kezaliman dilakukan. Oleh yang demikian, kita mesti berhati-hati supaya pegangan kita kepada agama atau kepada akal rasional tidak sampai peringkat fanatik hingga boleh mendorong kita menjadi zalim.

Keempat-empat perkara ini perkara-perkara asas bagi manusia, di samping prinsip kesatuan manusia. (Quran, 31:28) Ciri-ciri asas ini berlaku bagi semua bangsa, termasuk bangsa Melayu, atau bangsa Malaysia yang sedang kita bina. Ini tidak bermakna semua bangsa di dunia mempunyai ciri-ciri yang sama. Kita berbeza dari segi bahasa, budaya, adat-resam, sistem pemerintahan, sistem ekonomi dan juga undang-undang. Kepelbagaian ini wujud dalam satu kesatuan kemanusiaan.
Saya akan menutup rencana pertama ini dengan menghuraikan sedikit lagi tentang konsep manusia sebabagi khalifah. Perlu diingat bahawa para malaikat membantah cadangan Tuhan hendak mencipta khalifah ini dengan alasan dia akan merosakkan dunia serta menumpahkan darah. (Lihat Quran, 2:30) Cerita ini ialah kiasan yang merujuk kepada sifat kebinatanag manusia, tetapi Tuhan Yang Maha Mengetahui tahu akan potensi manusia sekiranya ia senantiasa meningkatkan dirinya dari segi akal rasionalnya, termasuk moral dan spiritualnya. Oleh itu, Tuhan memerintahkan para malaikat sujud kepada manausia. (Lihat Quran, 2:34).

Demikianlah hebatnya manusia hingga segala tenaga alam diperitah oleh Tuhan berkhidmat kepadanya! Oleh yang demikian, yakinlah orang mukmin boleh memerintah dunia dengan adil dan menjadikannya sebuah taman firdaus, sekiranya mereka mencapai potensi mereka, seperti yang kita huraikan di atas.

dipetik dari : http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=13231

KENAPA ORANG BERJAYA ITU BERJAYA


⏳ Sikap dia berbeza
Orang berjaya dia tak suka komplen. Tak macam orang
gagal. Semua nak komplen. "Apa la tak ada parking",
"Apa la tak ada majan?" " Apa la pen kertas pun tak
bagi" dan banyak lagi.

Orang gagal sibuk kira benda yang tak jadi. Mentaliti dia
berbeza. Sikap dia berbeza. Kesabaran dia berbeza. Dia
suka duduk saja. Walaupun dia tak ada kerja, dia x cari
kerja.

Orang berjaya sikap berbeza!!

⏳ Mereka ini pantas.
Pantas buat keputusan, pantas buat tindakan. Dia nak,
dia nak. Tak pikir pun macamana nak jadi. Nak berniaga
buat je dulu. Ada orang pikir langit dan bumi, tapi orang
berjaya buat je dulu, dia tau Allah akan uruskan
seterusnya.

⏳ Mereka sanggup invest untuk kejayaan mereka.
Invest wang, tenaga dan masa.

⏳ Mereka bina networking yang bagus.
Maksud networking: Anda adalah siapa kawan anda.
Siapa nak hidup berubah? Upgrade kawan.

⏳ Mereka dah buat keputusan dari awal yang mereka
nak berjaya.
Tak percaya? Pegi tanya mereka yang berjaya.

⏳ Mereka berkawan dengan orang yang betul.

⏳ Mereka tidak bertangguh.
Fast action fast result. Kepantasan pemilik bisnes
mempengaruhi keputusan bisnes dia. Bisnes berkenaan
kepantasan.
Kalau sikap owmer ni lembap, agak barang yang order
tu bila nak siap?

⏳ Tidak menghiraukan kutukan
Ada setengah orang berniaga, bisnes bagus. Tapi sibuk
melayan apa orang cakap. Tak ada ilmu, sibuk layan
kutukan orang.

⏳ Fokus
Fokus 1 produk pada 1 masa. Itu pun dah boleh jadikan
anda NENEK JUTAWAN!.
Fokus 1 masalah pada 1 masa. Dimana ada masalah, di
situ ada peluang. Dimana ada peluang,di situ ada wang.
Dimana ada wang, di situ ada kekayaan.

⏳ Mereka konsisten & persisten.
Persistent, tak mudah putus asa. Dia nak, doa nak
jugak. Kalau mentaliti biasa mesti tak dapat le.
Untuk insan-insan HEBAT!!
Semoga kalian kaya & berjaya dunia akhirat!!!!

5 Tanda Kita Gagal Menguasai Minda


Kebanyakan manusia hanya menggunakan 10% daripada 100% otak mereka kerana masih banyak sel-sel otak yang masih belum diterokai mungkin disebabkan persekitaran yang mereka tinggal,makanan yang di makan cara hidup yang terlalu bebas dan mengikut nafsu dan perasaan dan juga kurangnya ilmu pengetahuan,terutamanya pengatahuan yang berkaitan dengan agama dan tidak beramal dengan ilmu yang   ada. 



Jom pelajari 5 tanda kita gagal menguasai minda: 

1. Kita tidak pernah seronok dengan apa yang dilakukan. 

Perkara ini sering kita lihat pada mereka yang sentiasa tertekan apabila melakukan sesuatu. Apabila kita tidak menyukai perkara yang kita lakukan maka ini bermaksud kita telah dikawal oleh minda. 


2. Kita mudah mengalah kita akan mudah mengalah apabila menghadapi sebarang masaalah . 

Situasi ini dapat dilihat apabila kita mudah membuat keputusan untuk berundur terlampau awal apabila berhadapan dengan cabaran dan rintangan. 

3. Kita sentiasa fokus pada masalah 

Minda yang lemah juga memperlihatkan kita sentiasa fokus pada masalah dimana kita tidak pernah sesekali terfikir untuk mencari jalan penyelesaiannya kalau kita mencari penyelesaiannya mungkin sudah lama kita jumpa penyelesaiannya. Namun kita tidak mencari penyelesaian masalah tersebut bahkan hanya memikirkan penyesalan akan masalah yang dihadapi. Apabila minda kita sentiasa fokus pada masalah, maka ia akan membawa kepada sifat-sifat negatif yang melibatkan emosi, persekitaran dan sebagainya. 

4. Kita tidak pernah keluar daripada persekitaran negatif 

Apabila kita gagal menguasai minda, maka secara tidak sedar kita telah membiarkan persekitaran negatif memasuki minda kita. Ini juga dapat dilihat jika kita sentiasa menilai sesuatu perkara dari sudut yang negatif atau dengan kata lainnya mudah bersangka buruk pada apa yang terjadi. 

5. Kita sukar menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara 

Adakah kita seringkali mengalami masalah untuk fokus terhadap sesuatu perkara? Jika perkara sedemikian berlaku pada diri kita maka jelas sekali kita perlu mempertajamkan lagi minda kita kerana ciri-ciri mereka yang mudah hilang fokus adalah disebabkan penguasaan minda yang lemah. 

Jika ada diantara kelima-lima ciri ini bersangkut paut dengan diri kita, ia tidak bermakna kita perlu mengalah dan berserah kepada takdir.

 Tindakan yang perlu kita lakukan ialah mencipta perubahan dimana aspek penting yang perlu dinilai ialah memperkasakan minda kita terlebih dahulu dengan ilmu pengetahuan dan dengan cara beribadah dan hindari perkara dosa sebab ini adalah cara terbaik untuk mencuci hati dan minda. Dengan berbuat demikian, anda akan sedar bahawa perubahan positif yang ketara akan berlaku pada diri kita dari semasa ke semasa. 

 Ingat segala doa dan hajat kita mesti disusuli dengan berberapa langkah dan usaha Dibawah ini adalah satu pendedahan rahsia besar iaitu 

Teknik menggunakan kuasa minda bawah sedar,

Kursus-kursus latihan seperti ini sangat mahal yuran penyertaan untuk belajarnya bahkan ada yang mencecah ribuan ringgit untuk menghadiri seminar seperti ini,tetapi saya dedahkan secara percuma sepagai tanda penghargaan saya kepada sesiapa yang ingin benar mencari ilmu.

Teknik menggunakan kuasa minda bawah sedar: 

Kosongkan fikiran dan biarkan diri dalam keadaan tenang.

Berikan kata semangat pada diri sendiri(dalam hati) seperti aku hebat,aku kaya,cantik,hensem dan sebagainya(rekalah dialognya sendiri yang berkaitan dengan hajat) 

Bayangkan apa yang kita impikan itu akan dapat(dalam berberapa saat)sedang dapatnya(dalam berberapa saat)sudah pun mendapatkan apa yang di idamkan tersebut( dalam berberapa saat juga) 

Tarik nafas selama dalam kiraan 8 saat,tahan seketika dalam 8 saat kemudian lepaskan dalam 8 saat juga.(ulang sebanyak 3 kali/5 kali/7 kali/9 kali or (11 kali terbaik) 


Pejam mata (seeloknya 5 teknik ini cuba lakukan dengan serentak dalam satu masa) kemudian buka mata dengan senyuman seolah-olah memang benda yang diidamkan itu sudah berada didepan mata.


Meletakkan Matlamat


Yeahhh, "go masso go" . Sebab sikap aku yang malas nak kemas beg, aku sumbatkan semua buku teks dalam satu bag tu . Sudah pasti bag yang aku pakai akan jahanam kesemuanya .

Sikap malas membawa padah.

Kalau nak pergi ke sekolah, yang setia menghantar adalah "daddyku"(panggilan manja bapak sebenarnya) . Tetapi bila nak balik kadang-kadang dia sibuk outstation(balik kampung je) . So dekat situ memang satu bala dan keperitan. Haha .

Maka cuma ada satu cara sahaja nak pulang ke rumah iaitu jalan kaki !! . 2 kilometer perjalanan menuruni bukit dan menaiki bukit malah kadang kala merentasi parit dan semak samun(jalan shortcut). Maka dengan sifat yang kedekut tak nak keluarkan seringgit untuk naik bas, aku teruskan perjalanan dengan kaki. Yelah, seringgit masa zaman sekolah menengah banyak kot bagi aku walaupun aku ada scholarship jugak masa zaman sekolah menengah dulu .




Jadi apa kena mengena dengan tajuk Meletakkan Matlamat ? Apa yang aku belajar dalam perjalanan tu yang

Pertama adalah Jangan mengharapkan bantuan orang lain. Yes, pada zaman penuh manusia yang cuma fikir diri sendiri ni kita tak boleh nak mengharap orang datang berhenti dan berkata pada kita "Nak tumpang ?" atau "Nak saya tolong?". Selagi boleh kita usaha sendiri, kita usahakan sendiri dan jangan terlalu manjakan diri mengharapkan bantuan orang lain .

Kedua adalah Bayangkan matlamat anda dengan jelas ! Yes, dalam keletihan tu aku cuma boleh bayangkan sebuah rumah kecil kesayanganku di dalam rumah itu akan ada ibu yang mendepakan tangan untuk memelukku. Dan akan ada anak-anak buah yang akan memberikan kasih sayang padaku dengan mengikat setiap gerak-geriku . "Pak Cik!" menjeritlah budak-budak tu kena wrestling . Jadi kata kunci matlmat mesti jelas.

Ketiga adalah Pastikan syarat-syarat yang anda perlu ada untuk sampai ke matlamat . Yes, selain aku fikirkan rumah dah pasti aku akan bayangkan segala rintangan yang akan aku hadapi . "Ermm, dekat sini ada anjing " "Tapi dekat sana ada bukit" itu monolog aku bila berjalan sebab pelbagai cara untuk kita sampai ke matlamat tersebut. Dengan menghadapi cabaran-cabaran kecil ini . Anda pasti boleh sampai ke rumah .


Keempat adalah Fokus pada keadaan sekarang ! Memang la nak sampai rumah kan? Tapi kalau kita tak mula berjalan dan cuma berangan akan rumah macam mana nak sampai ? Fokus pada rintangan yang akan anda hadapi sebentar sahaja lagi . Lupakan matlamat anda seketika untuk fokus pada waktu ini !

13 rahsia pelajar cemerlang

1. Matlamat dan Sasaran
Harus ada matlamat @ sasaran. Perlu tahu tujuan kita belajar..

2. Percaya
Tidak ragu dengan kemampuan diri sendiri dan sanggup berkorban untuk berjaya..

3. Tumpuan
setiap perkara yang dilakukan. Tumpuan penting ketika dalam kelas dan waktu mengulang kaji pelajaran.

4. Perancangan
yang teratur untuk memanfaatkan masa yang ada . Ada jadual yang berkesan dan mampu 
memantau tahap penguakuasaan pelajaran kita

5. Strategi Belajar
Pelajar berjaya mempunyai strategi yang berkesan dan teknik belajar yang mantap.

6. Menjaga masa
Tidak membiarkan masa berlalu begitu sahaja. Ada jadual harian dan jadual belajar

7. Pergaulan
Berbaik-baik dengan semua orang (ada batasan). Hanya mempunyai beberapa orang rakan karib yang berkongsi matlamat yang sama dan membantu antara satu sama lain..

8. Pemantauan
Sentiasa memantau prestasi akademik. Membuat post-mortem ke atas diri sendiri bagi kelemahan yang 
ada.

9. Istiqamah
Kalau hari ini menjawab sebanyak 50 soalan esok mesti jawab 50 @ lebih. Ini membentuk tabiat dan
tabiat membentuk peribadi.







10. Presistent
Tidak mudah berputus asa dan berpuas hati selagi tidak mampu menyelesaikan masalah @ soalan
yang susah dan mencabar diri.

11. Sanggup berkorban
Remaja semua sukakkan hiuran dan keseronokan...Tetapi pelajar cemerlang mengekang perasaan mereka daripada berhibur dan berseronok . Mereka belajar lebih lama dan bersungguh-sungguh . Juga tidak terlibat dengan cinta monyet yg melalaikan.

12. Agama nombor satu
Faham hakikat hidup ini satu ibadah dan sedar akan kepentingan keberkatan dan restu dari guru-guru dan ibu bapa. Menitik beratkan ibadah dan menjadikan doa sebagai senjata utama disamping berusaha...

sumber dari: buku tulisan Tg.Asmadi 'Motivasi Alihan Pelajar'.

Kaedah belajar secara kumpulan


SANTAPAN MINDA oleh Dr. Ismail Zain

BELAJAR secara kumpulan adalah salah satu kaedah belajar yang mampu mengurangkan rasa bosan tetapi menguatkan daya ingatan.

Murid-murid yang berada di asrama umpamanya perlulah memanfaatkan kaedah ini kerana mereka lebih berpeluang berada dalam kumpulan sama ada pada waktu petang atau malam semasa menghadiri kelas persediaaan.

Kebanyakan murid menganggap belajar secara kumpulan ini merugikan masa atau tidak mampu memberi tumpuan. Sebenarnya belajar secara kumpulan memerlukan perancangan yang rapi serta kerjasama yang erat daripada anggota kumpulan.
Berikut diberi beberapa panduan belajar secara kumpulan.

Rahsia Mendapat Kepujian Dekan Di dedahkan ! hanya [klik sini]

• Jumlah anggota kumpulan

Seeloknya jumlah anggota kumpulan adalah antara 3 hingga ke 5 orang sahaja. Jika terlalu ramai interaksi tidak dapat dijalankan secara berkesan dan ianya memakan masa yang lama.

• Topik pembelajaran

Setiap anggota kumpulan perlulah mempunyai kata sepakat tentang topik yang menjadi pilihan mereka untuk belajar dalam kumpulan. Topik tersebut perlulah dibaca dan dikaji dahulu sebelum hadir untuk sesi tersebut.



• Kaedah pembelajaran

o Pecahan topik: Setiap anggota kumpulan perlulah mempunyai tugas untuk menganalisis topik mengikut pembahagian dan pecahan topik.
o Analisis: Setiap anggota kumpulan perlulah menganalisis tugas yang diberikan dengan cara membuat catatan ringkas, rajah, peta minda atau pengurusan grafik. Sebarang keraguan yang terdapat sewaktu proses menganalisis dijalankan perlulah diambil perhatian agar perkara ini dapat dikemukakan kepada anggota lain untuk membantu ke arah penyelesaian.
o Persembahan: Setiap anggota kumpulan perlulah mempersembahkan tugasan mereka secara tidak formal dan bergilir-gilir. Persembahan perlulah dibuat secara jelas dengan menggunakan bahasa yang mudah tetapi mengekalkan sebutan istilah-istilah yang tertentu dan penting.
o Interaksi: Selepas persembahan anggota lain perlu berinteraksi iaitu sama ada bertanya atau memberi pandangan atau teguran jika salah. Proses ini mampu menjelaskan lagi masalah yang terdapat dalam topik tersebut serta dengan tidak secara langsung menguatkan lagi daya ingatan.
o Rumusan: Setiap perbincangan perlulah dibuat rumusan sama ada dalam bentuk nota atau peta minda agar daya ingatan dapat dikekalkan.

Kejayaan kaedah belajar secara kumpulan ini banyak bergantung kepada disiplin diri setiap kumpulan. Setiap anggota kumpulan perlulah menumpukan perbincangan terhadap topik yang ditentukan tanpa gangguan.
Seorang anggota kumpulan perlulah dilantik untuk menyelaras aktiviti yang dijalankan agar ia lebih terancang dan berjaya memenuhi tujuannya. Bagaimanapun setiap anggota kumpulan perlu memainkan peranan masing-masing dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Sesungguhnya belajar secara kumpulan ini tidak memberi sebarang tekanan kerana ianya dijalankan secara mesra, ikhlas dan di ruang yang lebih lapang dan tidak terhad dalam bilik darjah sahaja.

Rahsia Mendapat Kepujian Dekan Di dedahkan ! hanya [klik sini]

Belajar melalui kesilapan

Belajar melalui kesilapan bukan bermakna anda perlu melakukan kesilapan ketika belajar. Ungkapan tersebut bermaksud setiap kesilapan yang dilakukan mampu memberi pengajaran, menginsafi ketelanjuran, menyedari kelemahan diri dan memberi ruang untuk membuat penambahbaikan.

• Memberi pengajaran

Seseorang itu boleh belajar bukan sahaja daripada guru atau sumber lain tetapi daripada setiap kesilapannya. Sebagai contoh jika seorang murid melakukan kesilapan dalam latihan matematik, kesilapan tersebut dengan secara tidak langsung memberi pengajaran atau maklumat tentang jawapan atau kaedah yang sebenarnya yang harus dilakukan. Dengan cara ini dia sudahpun memperolehi pengetahuan baru.


Kemanakah Hala Tuju Anda Selepas SPM ? hanya [klik sini]

• Menginsafi ketelanjuran

Setiap manusia tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Walau bagaimanapun ini tidak bermakna ia boleh dijadikan alasan setiap kali kita melakukan kesilapan.
Setiap hukuman yang diterima akibat ketelanjuran yang dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja, seperti melanggari peraturan atau garis panduan disiplin sekolah harus diinsafi, dijadikan iktibar serta bertekad untuk meninggalkannya.
Dalam hal ini keinsafan yang kita alami ini merupakan proses belajar yang mampu memberi bimbinga ke arah jalan yang benar.

• Menyedari kelemahan

Kekuatan dan kelemahan sentiasa berada di diri kita. Seseorang yang kuat dari segi fizikal mungkin lemah dari segi mental atau kerohaniannya. Begitulah juga sebaliknya.
Oleh itu kesilapan yang dilakukan itu memberi isyarat kepada kita bahawa di samping kekuatan yang kita peroleh terdapat lagi banyak kelemahan yang perlu diatasi.

Dengan cara ini manusia belajar supaya dapat mengelakkan diri daripada sifat angkuh, riak atau sombong terhadap apa yang dimiliki.

Hal ini bukan bermakna kita tidak boleh bangga dengan kekuatan yang ada pada diri kita. Kebanggaan mampu meningkatkan aras harga diri yang sekali gus menjadi faktor penggerak atau motivasi ke arah kejayaan.

Walau bagaimanpun kebanggaan ini seharusnya digandingi dengan kesyukuran. Kesyukuran mampu mengelakkan diri kita menjadi riak atau sombong. Kesyukuran mendekati diri kita kepada Allah dan menghargai setiap pemberianNya kepada kita serta mampu memupuk rasa bertimbang rasa kepada yang tiada. Inilah satu pengajaran yang amat besar pada diri kita.

• Membuat penambahbaikan

Hari ini lebih baik daripada hari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini. Ungkapan ini menunjukkan setiap hari kita perlu melakukan perubahan diri untuk menjadi cemerlang. Setiap kelemahan bukan berakhir dengan kekecewaan tetapi perlu membuat penambahbaikan untuk mencapai kejayaan.
Justeru, murid-murid tidak seharunya takut atau malu jika berlaku kesilapan ketika belajar. Anda harus mengkaji setiap kesilapan yang dilakukan dan seterusnya mengambil tindakan yang bijak untuk mengatasinya.
Ingat! setiap kesilapan memberi ruang dan peluang untuk anda membaikinya dan hasilnya kejayaan yang cemerlang menanti anda.




Kemanakah Hala Tuju Anda Selepas SPM ? hanya [klik sini]