Memaparkan catatan dengan label wang. Papar semua catatan

Increase Your Financial IQ - A Review



Bayangkan ada RM1 juta duit dari langit, dapat dekat tangan kita.

.
Kalau tak pandai uruskan, esok juga boleh jadi papa kedana.
.
Saya pun bukan pakar, tapi dalam buku ni ada ceritakan tentang FIAT Currency, Presiden Nixon, duit adalah idea.
.
.

Increase Your Financial IQ
.


Ada manusia yang membayar orang lain dahulu seperti beli henset baru, beg tangan dan segala barang kemahuan.
.
Jarang manusia di ajar untuk membayar diri sendiri untuk masa depan.

.
Apa tiang utama Financial IQ?
.




1. Membuat bajet terhadap wang anda. 

Jika kita tak membajetkan wang kita, kita akan ketirisan wang kerana kita tidak tahu perbezaan keperluan dan kemahuan.
.
Dan kita akan kehabisan duit tanpa ada sebarang faedah dari wang tersebut.
.
2. Melindungi wang anda.
.
Jika anda seorang ahli perniagaan anda perlu melindungi wang anda daripada cukai. Bukan bermaksud tidak membayar cukai. Tetapi memaksimakan penggunaan duit anda untuk mendapat pengecualian cukai.
.
3. Leveraj wang anda.
.
Setelah anda membuat bajet wang tadi, pastikan duit lebih anda di gunakan untuk menambahkan lagi wang tersebut.
.
Jangan habiskan duit anda 100 peratus tanpa leveraj(mencungkil/memanfaatkan).
.
Laburkan wang tadi pada ilmu, buku, pelaburan dan sebagainya.
.
4. Tambah Ilmu Kewangan
.
Sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan wang tapi kita malas dan hanya bergantung pada sistem gaji.
.
Teruskan bekerja seperti biasa, belajar ilmu kewangan dan bagaimana untuk mendapatkan wang pasif.
.


Duit Fiat, Inflasi dan Politik ?



Kalau harga barang naik harga adakah barang tu mungkin turun harga ? Tidak bukan, jadi itulah yang kita katakan "compound interest" pada inflasi.

Kenaikan gaji setiap tahun tidak dapat menampung kadar inflasi yang berlaku setiap bulan .Lihat pada graf 2012, 2016 di bawah.


Duit kita akan susut nilai setiap bulan, nilai duit yang susut menjadikan kuasa membeli kita berkurangan.

Tidak kira siapa yang anda undi, selagi kita berada dalam sistem Duit Fiat perkara ini akan terus berlaku.

Untuk memajukan ekonomi negara kerajaan akan membeli Bond untuk mencetak duit.

Semakin banyak duit di cetak, semakin kurang kuasa membeli setiap individu.

Kita tak ada pilihan sama ada menjaga diri sendiri atau menyalahkan politik atas kesusahan yang kita alami.

Bagaimana nak menjaga diri sendiri (pendapat saya) ?

1. Buka Minda Terhadap Peluang
2. Berani Untuk Mencuba 
3. Tidak Takut Gagal
4. Teruskan Menuntut Ilmu Kewangan.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” SurahAr-Ra'd Ayat 11

--- 

Setiap tahun, Ringgit kita menurunkan nilai pada kadar yang berulang-ulang kali. Kadar ini dipanggil, kadar inflasi. Pengkompaunan formula kepentingan berfungsi untuk mengira inflasi juga. Tangkapan hanya sekarang ialah, ia bekerja terhadap anda.




Daripada menggunakan nombor positif untuk kepentingan dalam formula, gunakan negatif untuk mewakili inflasi. Sebagai contoh, jika anda ingin untuk menggambarkan bagaimana RM100,000 akan kelihatan seperti 20 tahun kemudian dengan kadar inflasi sebanyak 3%, menggantikan "i" dengan -0.03 mewakili -3%.

Dengan mempunyai negatif, seluruh pengkompaunan formula faedah yang akan flip ke arah gearan negatif.
2012

2016

Dengan kadar inflasi hanya 3% setahun, RM100,000 akan kehilangan hampir separuh nilai asal dalam masa 20 tahun untuk RM54,379.43.
Dengan kadar inflasi hanya 5% setahun, RM100,000 akan mencairkan 74.2% daripada nilainya dalam tempoh 20 tahun untuk RM35,848.59.





p/s : Maaf ayat atas ni google translate ..

Di translate oleh Google translate dari :
Compounding Interest for Inflation

Every year, our Ringgit is devalue by a rate over and over again. This rate is called, inflation rate. Compounding interest formula works for calculating inflation as well. The only catch now is, it is working against you.

Instead of using positive number for interest in the formula, use negative to represent inflation. For instance, if you would like to illustrate how RM100,000 would look like 20 years later with an inflation rate of 3%, replace “i” with -0.03 to represent -3%.

By having negative, the entire compounding interest formula will flip towards negative gearing.
With inflation rate of just 3% a year, RM100,000 will lose nearly half its original value within 20 years to RM54,379.43.

With inflation rate of just 5% a year, RM100,000 will dilute 74.2% of its value within 20 years to RM35,848.59.


Pengurusan duit saya yang saya belajar dari kesusahan hidup di UTM .


Saya sediakan 4 Kad ATM
1. Duit Kecemasan : RM1000
2. Duit Makan : (RM300+-) x 5
3. Duit Pelaburan (Buku Barang etc) : RM200+-
4. Duit Hiburan : RM100
Ok, tips di atas adalah cara saya . Bagi saya penting untuk mengasingkan wang kita .
Sebab kita manusia biasa, contoh kalau kita nampak duit dalam akaun bank banyak lagi . Percayalah anda tidak ada masa nak kira bajet anda .
Duit kecemasan ini penting sekali, walaupun duit dlm bank ada RM1000 anda perlu fikir itu bukan untuk di belanjakan sesuka hati . Itu bila keadaan terdesak .
Duit makan, anda perlu kira perbelanjaan harian anda pada makanan . Jangan terlalu fikir, hari-hari makan sedap . Nikmat cuma sejengkal . Keluar jadi tahi juga . Kira dan kemudian simpan secukupnya dahulu .
Duit Pelaburan, duit pelaburan adalah aset. Duit ini selalu akan pergi kepada buku untuk iimu baru . Modal berniaga atau perkara yang bermanfaat . Lebih banyak duit boleh di letakkan di sini maka lebih baik .
Duit hiburan, wang untuk anda berfoya-foya juga perlu di asingkan . Sebab dekat sini selalu akan ketirisan wang . Maklumlah manusia ni kadang karaoke atau tgk wayang tak ingat Tuhan .
Seandainya anda punya duit lebih atau surplus, saya mencadangkan duit itu perlu pergi ke Duit Pelaburan . Jika anda simpan sahaja, anda akan rugi kerana duit itu akan susut nilai dari masa. ke semasa .


Saya terasa nak berkongsi sebab baru-baru ini rakan saya telah di "hack" akaun banknya . Jadi bertambah pentinglah untuk mengasingkan duit anda .
Dan pastikan duit kecemasan anda dalam bank yang paling selamat dan tiada online banking ke atas bank tersebut.
Lepas ni saya nak belajar uruskan hutang pulak .

Saya Mendidik Bukan Menjual

2016 bermula misi baru, bersama dengan rakan kerja yang baru. Secara umumnya saya tidak pernah menjual emas Zenith Gold. Saya cuma menjadi penasihat kepada rakan-rakan . :P

1. Duit Fiat

Antara soalan yang saya tanya adalah "Tahu duit fiat tu apa ?". Majoriti tidak tahu apa itu duit fiat. Duit fiat adalah duit yang kita gunakan sekarang ini . Fiat adalah perkataan Itali yang membawa maksud "Let It Be" .
Duit fiat di perkenal oleh Presiden Nixon pada tahun 1971. Sebelum sistem duit fiat di perkenalkan, duit kertas di sandarkan pada nilai emas. Tapi hari ini, duit cuma kertas biasa . Duit kertas hari ini bernilai kerana orang mempercayai nilai duit tersebut.

Apabila kerajaan mencetak duit kertas kagi, maka nilainya akan menurun itulah kita panggil sebagai inflasi. 


2. Menyimpan

Antara idea yang saya bawakan adalah supaya menyimpan. Ada rakan-rakan yang tidak pernah membuat kira-kira tentang di mana duit mereka habiskan.
Antara nasihat yang biasa saya sarankan . Sediakan 4 kad ATM, asingkan duit yang kita ada terutamanya pelajar. Elakkan satu jumlah wang yang besar dalam satu akaun.
Kebaikannya, jika bank anda di hack . Anda tidak kehilangan semua duit anda . Asingkan mengikut keperluan seperti
a. Duit kecemasan
b. Duit makanan
c. Duit Bill/Hiburan
d. Duit Pelaburan/Buku/Seminar


Tambah lagi jika anda peniaga online, mempunyai 4 jenis bank amat memudahkan pelanggan.


3. Melabur

Buat masa ini saya juga masih belajar tentang pelaburan. Antara pelaburan yang biasa kita dengar adalah hartanah dan emas. Tapi tahukah anda, dahulu bunga tulip juga menjadi satu pelaburan.
Pelaburan secara asas terletak pada "demand and supply". Semakin tinggi permintaan terhadap sesuatu, semakin tinggi nilainya.
Antara benda pelik yang kini orang cuba jadikan pelaburan adalah "Bitcoin" .


4. Aset dan Liabiliti

Majoriti orang kaya cuma memikirkan bagaimana untuk menambah aset. Aset datang dalam pelbagai bentuk dan aset juga subjektif .
Seorang peniaga online membeli sebuah komputer. Komputer tersebut adalah aset tetap bagi beliau kerana komputer tersebut di gunakan untuk mendapatkan wang.
Liabiliti juga datang dalam pelbagai bentuk . Jika anda melanggan Astro, ianya adalah liabiti bagi anda.
Bezakan setiap perkara yang anda beli . Adakah keperluan atau kemahuan? Aset atau Liabiliti ?




5. Membina Rangkaian (Networking)

Hari ini kita lihat, orang kita cuba jatuhkan satu sama lain . Perniagaan bukan seperti itu, perniagaan adalah tentang rangkaian. Lebih ramai kita kenal, lebih luas pasaran kita perolehi.
Dalam mencari orang yang berani dan positif . Tambahan lagi dengan latar belakang yang berbeza kita dapat bersama dalam satu nama.



6. Emas

Antara orang kaya lakukan untuk menyelamatkan duit dari inflasi adalah dengan membeli emas. Duit kertas yang "sah di perakui nilai" ditukarkan kepada logam berharga.
Terpulang kepada anda emas apa yang anda inginkan. Hasrat saya cuma menyedarkan, apa yang kita rasa tidak nampak.


p/s : Semoga usaha saya dalam menyedarkan generasi Y membuahkan hasil.
Generasi lama sepatutnya melindungi generasi yang seterusnya . Tapi apa yang saya lihat, generasi lama terlalu rakus.
Berikan banyak hiburan kepada Gen Y, berikan pendidikan yang cuma untuk canang berapa banyak A tanpa ada produktiviti.
Yang Menulis
Masso Dasuki

Apa Itu Duit Fiat ?


Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas ,orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan. Begitu sekali sekeping wang kertas bergelar ‘not’ menguasai seluruh kehidupan manusia.
Apa itu wang kertas?” wacana tentang riba dan wang emas tidak mungkin lengkap kalau tidak menyentuh soal wang kertas kerana kedua-dua matawang ini dan riba ada hubung kaitnya dari segi sejarah.
Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kearajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.
Duit emas yang digunakan 560 sebelum masihi di Turki
 Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.
Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffin dalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910. Mesyuarat misteri di Pulau Jekyll, Amerika Syarikat pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat.
Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing. Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.
The Creature From Jekyll Island
Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat., antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB)atau Fractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank.Sehingga hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia untuk mencipta wang sesuka hati dalam jumlah yang berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar.
Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British mengusai Bandar Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian. Dinia pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah.
Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia, antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada 1929. Pada 1944, muncul pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.

Krisis yang sengaja dicipta untuk memberikan kekayaan kepada bank
Negara-negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ berkenaan,International Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan. Pada 1948, Negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah Negara Palestin yang sah.
Seterusnya pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyunduyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.
Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan sistem piawaian emas.
Selepas 15 ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tanpa perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan oleh Special Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini.
Pun begitu apa jua tipu daya tetap ada kelemahannya seperti mana yang disebut oleh Allah dalam al-Quran,Firmannya :

الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفً

“Orang-orang yang beriman dan berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berjalan di jalan thaghut, sebab itu perangi lah kawan-kawan syaitan itu kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah.” 
[surah an-Nisa’, ayat 76]
Sekarang, ‘tabir’ yang melindungi wajah sebenar wang kertas semakin terungkai. Dunia mula mengetahui apa ada di sebalik wang kertas. Wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik seperti mana wang sebenar (contohnya emas, perak, sebakul barangan dan lain-lain).
Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.
Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya. Kepercayaan semata-mata. Itu sahaja. Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.
Zimbabwe menjadi bukti kerapuhan wang fiat
Sejarah membuktikan bahawa dalam peperangan, mata wang sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur lalu wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus. Di Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalaman buruk itu.
Duit dibakar di Jerman kerana sudah tidak bernilai
Selain wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan dan kad plastic digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh speculator matawang yang berniat jahat, tamak dan tidak berperikemanusian.
Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973 dan 1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.
Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.
Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam Negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa.
Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM 20 000 sebulan belum tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan.
Orang sekarang berkerja siang dan malam serta melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan, tetapi masih berada di dalam keadaan kekurangan. Harta pada hakikatnya dimiliki oleh bank atau institusi kewangan. Hampir semua orang berhutang dengan bank atau institusi keewangan dan pada bila-bila masa boleh menjadi papa kedana kerana hutang itu. Malah hutang bank juga boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.

Kadar pengangguran dan kegagalan syarikat perniagaan pula semakin meningkat dari hari ke hari. Semua ini angkara sistem kewangan fiat yang menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan jurang besar antara golongan berada dengan golongan tidak berada.
Jelas wang kertas adalah wang yang tidak adil dan tidak jujur. Apabila Amerika Syarikat meluluskan penubuhan FRD dan Amerika Syarikat mengadakan perjanjian Bretton Woods pada 1944, seluruh ummah sebenarnya sudah ditipu ‘hidup-hidup’. Inilah penipuan terbesar dalam sejarah manusia.

Di Mana Duit Kita ?

Kita kerja untuk duit tetapi malangnya semua itu bukan duit kita.
Duit itu untuk tuan rumah yang sewa rumah, duit itu untuk orang yang jual top up. Duit itu untuk mamak yang masak mee goreng.
Robert T. Kiyosaki berpesan sila bayar diri anda dahulu. Beli aset dan melabur.
Terima kasih pendidikan Malaysia yang mendokrin rakyat untuk bekerja kuat .
Terima kasih pendidikan Malaysia yang membuatkan kita lupa apa itu hidup merdeka.


Memahami Sistem Kapitalis

Kita memang tak boleh lari dari sistem kapitalis yang mana mereka yang mempunyai modal yang besar akan memonopoli dunia .
 
Walaupun kita dah lama berada dalam sistem kapitalis tapi kita tak pernah ambil tahu macam mana sistem ini berfungsi .
 
Bagaimana seorang kapitalis mengambil kesempatan dari mereka yang tidak punya duit atau modal(kapital)?
 
 
 
Ok, saya bagi contoh penghasilan satu Nasi lemak berharga RM 1.00 tapi harga market RM1.50.
 
Saya mempunyai modal RM100 . Jadi saya berikan pada kawan saya untuk buat nasi lemak dan jualkan . Dia ambil 30 sen dan saya ambil 20 sen dari keuntungan.
 
Jadi 0.30X100 = RM 30 dan 0.20X100 = RM20 . Jadi keuntungan sehari saya adalah RM20 dan jualan terus berlangsung selama 30 hari maka RM20X30 = RM 600.
 
Jadi saya telah memberanakkan RM100 saya kepada RM600 . Keuntungan 600 peratus dalam masa 30 hari .
 
Dan paling kejamnya saya tidak buat apa-apa cuma dia buat nasi lemak dan jual . Maka saya adalah kapitalis .

Motivasi Kerja Kuat Dan Menyimpan

 
Kita fikir perbelanjaan sehari RM30
Sebulan RM900
Setahun RM10,800
 
Kemudian kita tetapkan bila kita nak berhenti kerja .
 
Contoh umur 40 tahun. 
Jadi mungkin ada 30 tahun lagi untuk hidup .
RM3600 x 30 = RM324,000.
Wang persaraan kita minimum adalah RM324000 lebih. Ini adalah paling minimum untuk makan sahaja. Tidak termasuk nilai susut mata wang kita .
 
 
 
 
Jadi macam mana nak kumpul sampai situ ?
 
How, how how ..
 
 
Perkongsian dari Masso sumber pakar Brian Tracy .

Kad Diskaun Siswa Di Mana Boleh Di Gunakan ?

Untuk mahasiswa yang selalu kata Kad Siswa tak tahu nak guna dekat mana ?
 
KPDNKK telah membina satu website, untuk rujukan mahasiswa di premis yang mana mereka boleh mendapatkan diskaun .
 
Tambahan lagi untuk mereka yang baru berjinak dalam perniagaan boleh gunakan website tersebut untuk mendapatkan pelanggan .
 
"Give discount, so you have less marketing cost"
 
Jadi apa yang cuba di gunakan adalah "win-win situation" .
 
Boleh lihat dan "filter" kedai-kedai mengikut keperluan.
 
Ada 398 syarikat setakat ini .
 
 

Sebenarnya Jauh Sangat Perbezaannya .. Malaysia VS Jepun .

Air tin di Jepun bersamaan dengan ¥ 160. Jadi ¥ 580 untuk pergi dari ke satu tempat yang jauh murah bagi mereka .

Air tin di Malaysia bersamaan dengan RM1.60 . Jadi RM55 untuk pergi dari satu tempat yang jauh adalah mahal bagi kita .
 
Susahnya bila kita ada menteri yang tidak bijak . Mereka gemar kumpul wang kertas berbanding Aset seperti tanah, syarikat dan sebagainya . Wang kertas di cetak tapi hakikatnya hasil muka bumi ini lebih bermakna .
 
Akhirnya kita tidak ada apa-apa Aset, dan bebanan kembali kepada kita atas nama "cukai", "gst" dan sebagainya.
 
 
 
Kerana itu di UTM, semasa memegang jawatan MPM mengharapkan anak-anak muda seperti saya mengeluarkan idea keusahawanan . Sebagai contoh Ecell UTM .
 
Seronok juga bila melihat "Junior", mula pergi Global Outreach Program . Semoga anda di luar negara yang maju dapat pulang dan belajar budaya, struktur banggunan dan kemudahan yang ada. Bukan gambar selfie semata-mata.
 
Setiap negara ada cabaran yang tersendiri . Jadi terletak pada kita bagaimana untuk hadapi cabaran .
 
"Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri tapi lebih baik di negara sendiri"
 
Namun untungnya di Malaysia, anda cuma perlu berani, mengambil peluang dan bertindak. Dengan izin Allah anda akan berjaya sebab tak ramai ada sifat sebegini . Bertambah cerahlah peluang anda .

Sejarah Wang Yang Saya Tahu.



Terpendam di dalam hati apabila tidak di luahkan.
Kerana tepu di dalam kepala dan terasa nak meletup memikirkan keadaan semasa.

Saya bukan pakar tetapi cuba memberi pendapat dengan ilmu yang cetek ini.


Sejarah Wang Yang Saya Tahu.
============================

Hari ini kita tidak dapat menafikan betapa semua orang tertekan dengan keadaan ekonomi. Bila nilai ringgit turun nilai, nilai yang tinggi untuk sesuatu barang. Itulah yang dapat saya lihat apabila penggunaan sistem wang fiat . Bagaimana sejarah wang ? Jika kita imbas kembali dahulu kita menggunakan sistem barter . Dan kemudian bertukar pada penggunaan emas.

Anak yang lahir pada 90-an, pasti pernah melihat drama cina yang menunjukkan zaman-zaman Dinasti. Mereka memegang kertas-kertas besar dan itulah yang di gunakan sebagai mata wang.

Sebenarnya kertas-kertas itu adalah resit penyimpanan jonkong emas di dalam bank. Wang yang di gunakan bersandarkan kepada nilai emas di dalam simpanan.

Namun apabila Presiden Nixon menukar kepada sistem wang fiat, wang yang anda pegang hari ini tidak lagi bersandarkan emas tetapi hanya kertas kosong yang di perakui dengan nilai. Malah ianya boleh di keluarkan seberapa banyak yang mahu . Nilai berkurang dan itulah INFLASI.

Sebelum mata wang Euro, negara-negara Eropah menggunakan mata wang yang berbeza dan menyukarkan aktiviti perdagangan. Kemudian mata wang Euro di perkenalkan untuk mengatasi masalah tersebut. Sebelum berita krisis ekonomi berlaku di Greece pakar telah menjangkakan perkara tersebut kerana tindakan penyatuan itu.



Masalah ekonomi Greece, negara tersebut tidak berdisplin dalam penggunaan wang. Negara Greece telah meminjam terlalu banyak, ini kerana untuk kepentingan ahli politik melaksanakan manifesto mereka. Mereka meminjam untuk aktiviti kebajikan rakyat. Jadi kerana sistem wang fiat ini, boleh mengeluarkan wang seberapa banyak wang yang boleh jadi tiada halangan untuk "BUAT DUIT"

Andai mereka tidak meminjam, maka ramai rakyat akan memberontak. Maka runtuhlah sistem pentadbiran mereka.

Hari ini saya nampak mengapa GST dan pemansuhan subsidi. Segala tindakan ini adalah untuk membayar hutang negara. Saya pernah dengar perkataan "Tiada hutang tiada harta". Begitu juga anda yang berhutang untuk menuntut ilmu. Begitu juga negara.



Perkongsian Solusi Atasi Sikap Menteri
===============================



Maka bertambah tertekan rakyat marhaen, apabila mereka di suruh berjimat cermat dan "Tidak balik kampung".Bagi pendapat saya mungkin "statement" tersebut bukan yang kita harapkan.

Kita nampak masalah tetapi apakah solusinya ? Saya cuba memberi pendapat mentah memandangkan umur saya baru 22 tahun dan mengambil jurusan Kejuruteraan Perisian. Jadi saya bukan pakar.

"Statement" yang perlu di keluarkan adalah "Rakyat perlu berusaha mencari 'bajet surplus'". Bajet surplus adalah wang lebihan daripada bajet perbelanjaan kita. Mungkin kita tidak perlu lari dari defisit(kekurangan) tapi sebaliknya menambah 'surplus'".

Jadi semestinya rakyat perlu bekerja sedikit kreatif untuk mencapai bajet surplus.

Saya juga pelik mengapa ORANG KAYA sentiasa menambah pendapatan mereka. Hari ini saya nampak betapa nilai wang itu jatuh sikit demi sedikit.

Jadi untuk mengatasi masalah tersebut, kita tidak hanya perlu mencari wang dalam bentuk kertas. Namun sebaliknya aset, aset yang di maksudkan di sini adalah sesuatu yang memberi anda wang. Seperti rumah sewa, emas, syarikat atau perkara yang anda rasa ada nilai jangka masa panjang.

Perkara di atas menjadi masalah kepada anda kerana anda masih belajar? Bagi saya, aset yang paling penting adalah ilmu. Ya, pada usia muda ini ilmu yang perlu kita isikan dalam diri kita. Kerana itu salah satu pelaburan pada diri.

Namun ilmu yang saya maksudkan bukan sahaja ilmu "mainstream", yang anda kejar untuk maintain pointer di universiti. Ilmu yang saya maksudkan adalah "survival" hidup apabila tidak bergelar mahasiswa lagi.

Bersyukur saya berada di UTM, di beri peluang untuk belajar berdikari sebelum melangkah ke alam pekerjaan a.k.a real world. Antara masalah yang mahasiswa hadapi masalah masa dan masalah kewangan. Ya saya juga menghadapi masalah tersebut.

Perkara paling indah adalah saya belajar untuk mengatasinya. Melakukan latihan menyimpan rekod perbelanjaan dan mengasingkan akaun. Membuat 4 Quadrant Time Management. Saya mengaku masih belum sempurna tetapi sedang belajar.



=============================================
Tulisan di atas berlandaskan sumber
Increase Your Financial IQ - Robert T Kiyosaki
The European Debt Crisis Visualized - Youtube
==============================================