Facebook and Personality ?

12:50 PTG 0 Comments

Mungkin cara aku menilai orang berbeza. Aku teringat dengan quote "You will be yourself, when you are alone". Jadi memang selalunya orang yang Berfacebook tentulah secara berseorangan. 
Jadi aku selalu akan menilai, seseorang melalui Facebook. Kerap kali juga, aku akan laksanakan aktiviti "stalk" sebelum aku approach secara bermuka.



Aku Mendekati Mereka Yang Reaktif

Dari Facebook juga aku menilai dan membezakan antara orang proaktif dan Reaktif.

      Jika orang yang proaktif, apabila timbulnya satu-satu masalah mereka akan segera keluar atau mencari idea penyelesaian. Kemudian orang yang Reaktif, lebih suka untuk memberi rungutan tentang masalah, mencari salah orang lain. Mereka lebih berfikir tentang sesuatu yang mereka tidak boleh kawal. 

      Jika seseorang itu tidak mahu mengalah, ego yang tinggi atau kurang bergaul sifat ini kemungkinan akan mendorong anda untuk menjadi Reaktif. Kemudian anda mula lihat status pada Facebook mereka banyak tentang luahan perasaan tidak puas hati, atau rungutan.

         Secara mentalitinya, apabila kita meluahkan sikap tidak puas hati kepada individu, individu tersebut merasakan anda telah membuka keaiban beliau ke seluruh dunia. Maka berlakulah pergolakan Emosi antara dua pihak.



                             "Facebook is your Personal Branding". Build it very carefully and nice.


0 ulasan:

GST

2:57 PTG 0 Comments

Tulisan ini untuk bacaan aku hari esok.



     Pada waktu ini, sedang hangat isu tentang isu 1MDB atau GST. Aku sedang mengalami kecelaruan informasi dan terlalu overload di dalam kepala. Kalau hendak di ikutkan hati tidak akan ku cuba untuk memikirkan masalah ini. Tetapi entry ini cuma dapat bercakap tentang GST.

      Tapi isu ini sentiasa bermain di dalam kepala . Kenapa ? Pada mulanya aku di berikan informasi tentang sistem GST, yang akan menggantikan sistem percukaian lama iaitu SST. Kalau nak di ikutkan secara fantasinya barang akan menjadi lebih murah tetapi selepas pelaksanaan nampaknya barang menjadi lebih mahal.

      Jadi untuk mendapatkan perkara lebih lanjut, aku cuba untuk "follow-up" tentang kenapa masalah ini timbul . Lawatan ke KPDNKK memberi aku sedikit informasi lagi, terdapat banyak peniaga-peniaga yang meletakkan harga barang dengan tinggi . Kemudian peniaga sengaja mengambil kesempatan memberikan alasan, bahawa masalah GST inilah puncanya.

     Jadi apa yang KPNKK buat adalah menubuhkan satu pusat kawalan untuk menerima sebarang maklumat tentang peniaga yang tidak bertanggung jawab. Kepada peniaga yang melakukan kesalahan tersebut akan di dakwa di makahmah dan hukuman yang tinggi akan di kenakan.


       Jadi apa yang aku buat selepas GST, aku memilih harga sebelum jenama. Aku cuba membeli barang yang lebih murah dan malah mencuba setiap barang tetapi bertukar jenama untuk melihat adalah barang tersebut berpatutan dengan harga yang di berikan.

0 ulasan: