Belajar Dari Nasi Lemak Anak Dara

10:33 PG 0 Comments

Dah sebulan lebih viral tentang Nasi Lemak Anak Dara .

Dekat page ada 40,000 like !!!

Kenapa viral ? Sebab dia banyak fokus pada pemasaran .

Walaupun cuma meja biasa, kedai depan parit .

Kepada Melayu yang nak ceburi bidang perniagaan .. pastikan anda belajar ini .

1. Branding
2. USP
3. Internet Marketing
4. Target Market

Hentikan serbu melulu berniaga tanpa asas . Hentikan Trend berniaga On dan Off .

Nak belajar berniaga ? 
Cuma Google keyword yang saya sebutkan dan tak perlu jumpa Azizan Osman, phD Metafizik pun .

Dan untuk "sustainability" belajar "Kredit dan Debit" .

p/s : Jangan salahkan beliau begitu viral, sebab beliau mungkin jodoh saya . muahaha 


Jual nasi lemak pun ada page kot .. 



46, 000 ++ likes .. 

0 ulasan:

Kuala Selangor [Throwback 2011]

4:49 PG 0 Comments


 Salamah, aku nak cerita apa ye pasal kampung ... Hmmmm .. haha .. Maklumlah kampung aku tak adalah jauh mana, dekat Kuala Selangor saja lah .

 Aku tak sempat nak tengok muka kedua-dua atok aku .
Dan sekarang ni aku cuma tinggal satu orang sahaja NENEK ..

 Okeyh , "proceed" kepada cerita kampung lah . Aku ada satu kampung sahaja yakni Kuala Selangor, sebab ibu dan bapak aku memang asal dari sana lah .

 Jadi jom tengok kampung aku ...... zasssssss...



Bukit Hijau, Kuala Selangor .. :)





Yeah , menoreh la kita kat belakang rumah ..

Hmmm ... takde lah besar mana tanah kat belakang ni , tapi boleh nak di manfaatkan . 

Maklumlah getah kan memang penting .
 Tanpa getah siapa kita .. 
Kita akan lambat ke sekolah jika tiada getah, tiada lah tayar kereta ..





this is not about STRENGTH , this is about SKILL ..

Yeah bukan senang saja kau  orang nak main tarah tu . Kena lembut-lembutlah, baru cantik dia punya sistem saliran tu .. 



Ni adalah getah susu , aku pernah rasa sikit lah .. Boleh tahan lah  .

Beberapa hari jugaklah kalau nak penuh macam ni, sekali toreh dapat berapa mililiter saja lah .. Toreh jangan tak toreh lah .




Yang ni CENDAWAN .. aktif di waktu pagi .. Tumbuh kat kayu-kayu mati ..


Sedaplah cedawan tu .. Ingat lagi masa pembakaran secara besar-besaran kat belakang rumah tu .. Banyaklah pokok yang mati lepas pembakaran . Jadi dapat lah kumpul masa tu .. Tak sabar bila nak bakar lagi kebun ni.. hahaha ..






madang time .. Sarapan lah ..  teh tarik dan roti canai .. 


Kos hidup kat kampung murah lah .. Makanan kat sana pun murah-murah . Tapi nak pergi shopping mall memang takde lah kan ~





Biji getah ni .. tetiba lak abang aku pergi kutip ..


Abang aku teringat pulak zaman kanak-kanak dia .. Maklumlah Play Station tak ada masa tu kan~



PICIT dan tekan antara dua biji, sapa punya yang pecah dia kalah lah~





ni kelapa sawit lah ~

Baring-baring dan tangkap gambar lah~

0 ulasan:

Kejatuhan Tamadun dan Kaitan Dengan Kita

4:40 PG 0 Comments

Tamadun bermula daripada tiada apa . Dan apabila manusia itu merasa tidak cukup, mereka akan berusaha untuk mencari yang lebih lagi . Tamadun menurut Ibn Khaldun adalah sesuatu yang lebih daripada cukup .
Apa yang dapat kita lihat, tamadun mempunyai beberapa peringkat. 

1. Peringkat Awal
2. Peringkat Pertengahan
3. Peringkat Kemuncak
4. Peringkat Akhir .

Tamadun itu bagaikan pusingan roda, sekejap berada di atas dan sekejap berada dibawah .
Tamadun juga sama sifatnya seperti manusia .

Manusia pada mulanya miskin dan tiada apa . Kemudian dia mula sedar akan kedaifan itu dan kemudian mencari jalan untuk mengubahnya . Dan setelah sampai kejayaan, kemudian dia mula lupa diri dan lupa tuhan . Kemudian kealpaan menarik kepada kejatuhan mereka sendiri .

Begitu juga setiap tamadun yang sebelum ini, tiada apa yang kekal. Malah Malaysia juga akan musnah dan itulah hakikatnya yang harus kita terima . Cuma tunggu masa . Apabila pemerintahan bertukar kepada anak turun temurun, keadaan menjadi lebih sukar kerana si anak tidak tahu apa perjuangan si bapa pada awalnya.



Movie "In Time" lakonan Justin Timberlake kini bermainan dalam fikiran aku sekarang. Barulah nampak mesej filem tersebut . Wang dan nyawa mereka adalah satu iaitu masa yang juga umur mereka, setiap hari harga keperluan harian mereka meningkat . Kenaikan harga bukan kerana kesukaran mendapatkan bahan mentah, tapi hakikatnya untuk si penindas dapat hidup lebih lama .

Dunia realiti juga begitu, kenaikan harga barang untuk apa ? Apa yang aku nampak cuma pengerahan tenaga si buruh untuk bekerja lebih masa . Terpaksa mereka bekerja lebih masa untuk si penindas yang di atas. Si buruh bekerja demi mendapatkan sesuap nasi .

0 ulasan:

Selamat Tinggal Semua, Selamat Tinggal Kuala Lumpur [Throwback Old Blog]

4:34 PG 0 Comments

Selamat Menyambut Bulan Ramadan .

Macam beberapa hari ja lagi nak tinggalkan Kuala Lumpur ni. Akan tinggalkan Kuala Lumpur dan keluarga tercinta selama 4 tahun (macam tak balik dah je an) .

Sebelum pergi jauh, sempat jugaklah buat beberapa orang kawan dekat Kuala Lumpur ni itupun waktu kerja di Rasamas. Sedangkan Kuala Lumpur ni tak habis aku teroka lagi dah nak kena "main jauh-jauh".

Aku tertanya-tanya dekat sana nanti, benda apa yang paling aku rindu dekat sini. Selalu jugak aku termenung . Haish, semua orang mesti rasa sebak bila nak tinggalkan sesuatu. Walaupun pergi tu sementara ja, tapi mesti rasa sebak jugak.

Ada beberapa hari je lagi, aku nak buat apa yang aku tak buat dekat Kuala Lumpur ni . Rasanya waktu remaja dah nak habis dah . Tapi aku tak menikmati kerejemaan pun .. Hahaha .. Ayat memang tak dapat di maafkan ni. Kadang-kadang rasa muak kena kongkong dengan diri sendiri apatah lagi dengan orang lain. Lagipun aku tak tahu apa yang aku nak .



Walaupun sekarang ni memang dah dewasa, tapi aku rasa bila sampai je di UTM Skudai, tanggungjawab yang aku pegang dan akan aku pikul akan jadi lebih besar. Ada seorang lecturer cakap Sijil Ijazah ni adalah yang paling susah. Lepas ni memang tambah beban la kepala otak !


p/s: Dah sebak di tambah dengan frust di tambah dengan masalah .. Horrey ... awesomelah .

0 ulasan:

Selepas 19 tahun hidup [Throwback Old Blog]

4:29 PG 0 Comments

Sebelum tu, nak ucapkan terima kasih dekat semua yang ucapkan selamat hari jadi dekat aku la ye ..
Memang tak sempat nak tulis TQ dekat semua tu .

Selepas 19 tahun hidup :

Ada jugak yang ucap Tahniah ? Ye la, Alhamdulillah tak mati, sempat jugak la rasa 19 tahun ni kan .

Dari kecil aku dah nakal kan ? Budak nakal layanan dari mak bapak pun lain macam la . Tak dapat la nak manja-manja . Tapi aku mengaku memang aku manja sikit. Kalau kena marah sikit, mulalah merajuk cari tempat nak sembunyi . Sebab tak suka nak tunjuk aku tengah sedih, selepas muhasabah diri semua jadi okeyh.

Aku dapat rasa lagi, maki, pukulan dan tamparan dari mak, bapak, adik-beradik dan cikgu. Memang kenangan terindah la. Tapi sekarang ni dah takda siapa nak pukul meh . Tapi bapak aku pukul aku, boleh kira aku rasa 2 kali je pun .

Sikap ego:

 Aku tak suka bergantung sangat dekat orang, kalau boleh nak buat semua sendiri walau mak bapak sendiri. Tapi dalam dunia ni, orang sekeliling di cipta oleh Allah untuk kita jugak. Jadi terpaksa aku rendahkan ego ni, minta tolong dengan orang. Aku cuma boleh ucap "terima kasih" lah. Maka terima kasihlah, kepada semua yang pernah tolong dan akan tolong aku. Tuhan je yang dapat balas jasa korang. 

Terutama keluarga aku.

Selalunya mak bapak aku, tak tau fasal urusan aku. Aku uruskan sendiri semua tapi bukan lah diorang tak buat tanggungjawab, cuma aku tak nak susahkan diorang. Sebab semua adik-beradik macam tu.

Sentiasa nak minta maaf:

 Kalau dulu, memang tak mau la nak minta maaf. Sebab aku ni sentiasa betul !! sikap macam ni lah yang boleh bawa derhaka dekat mak bapak. Makin la makin besar, aku belajar mengaku kesilapan aku . Dan tak kesah pun kalau orang nak marah bila aku silap. Cuma senyum ja .

Senyuman itu bengkok tapi dapat luruskan pelbagai perkara.


Benda paling sedih, jadi yang paling bahagia:

 SPM ni memang benda yang paling penting untuk tentukan masa depan korang. Keputusan SPM di tambah dengan sedikit Nasib Baik, insyaallah ada masa depan la nanti.

Aku tak dapat nak lupa "food poisoning" yang aku terima masa SPM. Walaupun aku memang terasa tersiksa masa tu, bukan sahaja kesakitan fizikal yang aku terima tapi kesakitan mental jugak. Aku pujuk hati aku, "semua ni ada hikmah". Tapi alhamdulillah, ada jugak aku sekarang dekat UTM, universiti pertama tahun 2012 nih !


Currently in 2016

Percaya pada hikmah.

Penutup:

Malas nak cerita panjang sangat, walaupun hidup aku ni banyak dugaan tapi memang awesome !! Rasa macam nak share dengan korang, tapi biar la aku simpan sendiri . Kalau nak pergi cari sendiri lah ! Semua benda ni ajar, aku jadi kuat ! Aku cuba tak merungut sangat, tapi kadang tu biasa la .. manusia kan ~
Nak Kasi Hadiah dekat korang : tapi Quote je lah !


Belajar hidup susah, supaya hadiah yang kecil terasa amat besar nikmatnya.

Setiap insan punyai kelemahan dan kelebihan, belajar untuk terima mereka seadanya.

Kadang-kala kita minta orang untuk berubah, tapi pernah kita cuba untuk berubah untuk mereka?

Stop thinking, stop planning, just do it!

0 ulasan:

Cara Aku Dalam Marketing [ Memang Newbie Habis ].

7:20 PG 0 Comments

Aku tersangatlah NEWBIE dalam bidang marketing ni, tapi hari ini aku cuma nak kongsikan cara aku lakukan promosi .

Aku jenis suka benda yang sistematik dan ada intregrasi . Maklumlah pelajar Kejuruteraan Perisian(Software Engineering) la katakan ..

Pertama : Aku tak suka buat promosi gunakan akaun FB sendiri secara direct .. Jadi aku akan gunakan page-page sebagai customer/prospek untuk rujuk detail-detai penting .

Sebab dekat FB akaun aku akan ada banyak orang tag gambar program dan bisnes-bisnes yang lain . Maka akan terjadi information overload.


Lepas dah buat page tu jangan lupa share ke group-group . Jangan ingat update kemudian berpusu-pusu orang datang dan like .



Antara faedah lain kita boleh tengok aktiviti manusia .. Ramai sebenarnya yang suka berqiamulail di Facebook . Hmmm ..


Ini adalah data yang tersangat banyak dalam page . 




Ok tiba-tiba hilang idea nak menulis, mungkin lepas ni boleh share macam mana nak exchange like guna website percuma ..

atau kenapa aku juga buat blog dalam promosi  ..


blog ni lebih mudah tak perlu promote pun orang datang melalui pak cik google ..



Ada banyak lagi page yang aku buat tapi tak semua berjaya, tak semuanya pergi jauh . Hidup kena rasa gagal, baru rasa nikmat kejayaan.

0 ulasan:

Siapa Manusia ?

7:07 PG 0 Comments

Biar saya mulakan kolum ini dengan membincang secara ringkas soalan siapakah itu manusia. Dalam adegan, pemandangan 2, watak utama dalam drama Shakespeare dengan nama yang sama, Hamlet, bertanya: "Ciptaan apakah ini manusia ??" yang nampak begitu hebat! 

Mengikut ajaran Quran, manusia atau insan dijadikan dari tanah (6:2), dari segumpal darah (96:2), dari air mani yang terpancar (75:37). Namun demikian, perkara pertama yang harus kita faham ialah manusia dijadikan Tuhan sebagai khalifah di Bumi (Lihat Quran, 2:30). Khalifah ertinya pengganti atau raja. Ini bermakna manusia suatu makhluk yang mengganti satu makhluk lain sebelum ini, dan dia juga berpotensi menjadi raja yang boleh mentadbirkan dirinya dan dunia.





Dalam sebuah ayat lain yang dahsyat yang sama maknanya, Tuhan menawarkan tanggungjawab memerintah dunia kepada langit, bumi dan gunung-ganang, tetapi mereka menolak tawaran ini kerana takut tidak boleh melaksanakannya dengan baik. Sebaliknya, manusia menerima tawaran berat ini. Ini membuktikan bahawa dia mempunyai satu destini yang besar, yang tidak sanggup dipikul oleh makhluk-makhluk lain. (Lihat Quran, 33:72)
Ini perkara pertama yang mesti kita tahu tentang manusia, yakni diri kita.

Perkara kedua, manusia itu hamba Allah, Yang menjadikan dia dan menjadi langit dan bumi, mengikut suatu pertauran yang dipatuhi oleh langit dan bumi tanpa pilihan, tetapi yang mesti juga dipatuhi oleh manusia secara sukarela. Ini kerana manusia berbeza daripada makhluk-makhluk lain kerana dia diberi akal oleh Tuhan dan harus memilih antara yang baik dan yang jahat. Cerita Adam dan Hawa, yang melambangkan manusia pertama, dinyahkan dari syurga kerana melanggar perintah Tuhan daripada mendekati "pohon ini" (Lihat Quran, 2:35) menunjukkan bahawa "pohon ini" merupakan sempadan antara makhluk yang bersifat kebinatangan dengan makhluk yang bersifat kemanusiaan. Sempadan ini sarat dengan bahaya, kerana jika makhluk ini melangkah sempadan ini, ia mesti bertanggungjawab atas segala apa yang dia lakukan. Sempadan ini tidak lain dari ilmu atau kesedaran tentang baik dan jahat. Sebelum ini, makhluk ini tidak lebih daripada binatang yang bertindak mengikut nalurinya. Sekarang makhluk ini mencapai taraf manusia atau dalam istilah sains, Homo Sapiens, makhluk yang berakal. Dari segi sejarah perkembangan hayat di Bumi, ia merupakan suatu detik yang kritikal. Sebab itu Tuhan melarang Adam dan isterinya mendekati pokok itu, tetapi tidak pula Dia menghalang mereka daripada melangggar perintah-Nya. Ini membuktikan bahawa makhluk manusia tidak dapat tidak mesti melalui proses pemanusiaan.

Inilah perkara kedua yang harus kita fahami tentang manusia. Dia hamba Tuhan yang diberi kebebasan untuk mentaati atau mengingkari-Nya. Seeloknya, dia mesti taat secara sekarela. Inilah manusia yang dinamakan mukmin.

Perkara di atas membawa kita secara logik kepada perkara ketiga. Perkara ketiga ialah, dengan kebebasan, manusia boleh membantah perintah Tuhan dan menjadi seorang pemberontak. Ini menyebabkan manusia berpecah menjadi dua jenis: manusia beriman dan manusia kafir. (Lihat Quran, 64:2) Cerita dua orang anak Adam yang berkelahi hingga seorang daripadanya membunuh saudaranya (Lihat Quran 5:27-31) membuktikan kewujudan dua jenis manusia ini.

Dua jenis manusia ini berpecah pula menjadi tiga jenis: mukmin, kafir dan munafik. (Lihat Quran, 2:8-10) Kedua-dua kafir dan munafik tidak beriman kepada Tuhan, tetapi yang munafik itu lebih berbahaya kepada manusia, kerana mereka berpura-pura beriman, tetapi sebenarnya kafir.

Apabila Tuhan nyahkan Adam dan Hawa daripada syurga pertama (kehidupan tanpa kesedaran), Dia menjanjikan mereka petunjuk yang akan dikirim kepeda mereka dari semasa ke semasa. Selagi mereka mengikut petunjuk ini, mereka akan selamat. Mereka yang menolak petunjuk ini akan menderita azab neraka. (Lihat Quran, 2:36-39).

Inilah perkara keempat yang harus kita sedari. Iblis atau Syaiatan, yang melambangkan prinsip pemberontakan terhadap Tuhan (Lihat Quran, 2: 34-26), telah memecahkan manusia, melalui komplot dan hasutanya, kepada tiga jenis: mukmin, kafir dan munafik. Namun demikian, Tuhan telah berjanji kepada orang mukmin bahawa selagi mereka kekal mukmin dan berjuang di jalan-Nya, mereka akan dapat mengatasi musuh-muush mereka dari kalangan orang-orang munafik dan kafir dan akan mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. (Quran, 40:51) Sebaliknya, jika mereka membenarkan diri mereka diperdayakan oleh dan tunduk kepada Syaitan, mereka akan gagal dan menderita azab neraka. (Quran, 17:22)

Perkara keempat ini, nampaknya, menjelaskan kepada kita bahawa manusia tidak boleh lari daripada panduan Tuhan melalui kitab-kitab-Nya yang dikirim kepada ramai nabi dan rasul. Seperti yang diketahui oleh orang Islam, panduan Tuhan yang terakhir, lengkap dan sempurna terkandung dalam Quran.

Perkara di atas menunjukkan bahawa akal manusia, walaupun tinggi nilainya dari segi ajaran Quran, mesti menyelaraskan saranan-saranannya dengan petunjuk daripada wahyu Ilahi. Ayat 100, surah 10 dengan jelas menunjukkan keselarasan akal dengan iman dari segi ajaran Islam. Kita menekankan perkara ini, kerana terdapat zaman-zaman dalam sejarah manusia apabila manusia menadi rasionalis pelampau. Satu daripada zaman itu ialah abad kelapan belas Eropah. Abad ini dikenal dalam sejarah Eropah sebagai The Enlightentment atau The Age of Reason.
Sempadan antara akal yang betul dengan iman yang betul boleh menjadi sangat samar atau sangat berbahaya. Kita telah melihat zaman-zaman apabila nama Tuhan telah digunakan untuk melakukan penipuan dan penindasan yang dahsyat. Kita juga telah melihat zaman-zaman apabila atas nama akal rasional kezaliman dilakukan. Oleh yang demikian, kita mesti berhati-hati supaya pegangan kita kepada agama atau kepada akal rasional tidak sampai peringkat fanatik hingga boleh mendorong kita menjadi zalim.

Keempat-empat perkara ini perkara-perkara asas bagi manusia, di samping prinsip kesatuan manusia. (Quran, 31:28) Ciri-ciri asas ini berlaku bagi semua bangsa, termasuk bangsa Melayu, atau bangsa Malaysia yang sedang kita bina. Ini tidak bermakna semua bangsa di dunia mempunyai ciri-ciri yang sama. Kita berbeza dari segi bahasa, budaya, adat-resam, sistem pemerintahan, sistem ekonomi dan juga undang-undang. Kepelbagaian ini wujud dalam satu kesatuan kemanusiaan.
Saya akan menutup rencana pertama ini dengan menghuraikan sedikit lagi tentang konsep manusia sebabagi khalifah. Perlu diingat bahawa para malaikat membantah cadangan Tuhan hendak mencipta khalifah ini dengan alasan dia akan merosakkan dunia serta menumpahkan darah. (Lihat Quran, 2:30) Cerita ini ialah kiasan yang merujuk kepada sifat kebinatanag manusia, tetapi Tuhan Yang Maha Mengetahui tahu akan potensi manusia sekiranya ia senantiasa meningkatkan dirinya dari segi akal rasionalnya, termasuk moral dan spiritualnya. Oleh itu, Tuhan memerintahkan para malaikat sujud kepada manausia. (Lihat Quran, 2:34).

Demikianlah hebatnya manusia hingga segala tenaga alam diperitah oleh Tuhan berkhidmat kepadanya! Oleh yang demikian, yakinlah orang mukmin boleh memerintah dunia dengan adil dan menjadikannya sebuah taman firdaus, sekiranya mereka mencapai potensi mereka, seperti yang kita huraikan di atas.

dipetik dari : http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=13231

0 ulasan:

Pengurusan duit saya yang saya belajar dari kesusahan hidup di UTM .

3:42 PTG 1 Comments


Saya sediakan 4 Kad ATM
1. Duit Kecemasan : RM1000
2. Duit Makan : (RM300+-) x 5
3. Duit Pelaburan (Buku Barang etc) : RM200+-
4. Duit Hiburan : RM100
Ok, tips di atas adalah cara saya . Bagi saya penting untuk mengasingkan wang kita .
Sebab kita manusia biasa, contoh kalau kita nampak duit dalam akaun bank banyak lagi . Percayalah anda tidak ada masa nak kira bajet anda .
Duit kecemasan ini penting sekali, walaupun duit dlm bank ada RM1000 anda perlu fikir itu bukan untuk di belanjakan sesuka hati . Itu bila keadaan terdesak .
Duit makan, anda perlu kira perbelanjaan harian anda pada makanan . Jangan terlalu fikir, hari-hari makan sedap . Nikmat cuma sejengkal . Keluar jadi tahi juga . Kira dan kemudian simpan secukupnya dahulu .
Duit Pelaburan, duit pelaburan adalah aset. Duit ini selalu akan pergi kepada buku untuk iimu baru . Modal berniaga atau perkara yang bermanfaat . Lebih banyak duit boleh di letakkan di sini maka lebih baik .
Duit hiburan, wang untuk anda berfoya-foya juga perlu di asingkan . Sebab dekat sini selalu akan ketirisan wang . Maklumlah manusia ni kadang karaoke atau tgk wayang tak ingat Tuhan .
Seandainya anda punya duit lebih atau surplus, saya mencadangkan duit itu perlu pergi ke Duit Pelaburan . Jika anda simpan sahaja, anda akan rugi kerana duit itu akan susut nilai dari masa. ke semasa .


Saya terasa nak berkongsi sebab baru-baru ini rakan saya telah di "hack" akaun banknya . Jadi bertambah pentinglah untuk mengasingkan duit anda .
Dan pastikan duit kecemasan anda dalam bank yang paling selamat dan tiada online banking ke atas bank tersebut.
Lepas ni saya nak belajar uruskan hutang pulak .

1 ulasan:

Saya Mendidik Bukan Menjual

3:38 PTG 0 Comments

2016 bermula misi baru, bersama dengan rakan kerja yang baru. Secara umumnya saya tidak pernah menjual emas Zenith Gold. Saya cuma menjadi penasihat kepada rakan-rakan . :P

1. Duit Fiat

Antara soalan yang saya tanya adalah "Tahu duit fiat tu apa ?". Majoriti tidak tahu apa itu duit fiat. Duit fiat adalah duit yang kita gunakan sekarang ini . Fiat adalah perkataan Itali yang membawa maksud "Let It Be" .
Duit fiat di perkenal oleh Presiden Nixon pada tahun 1971. Sebelum sistem duit fiat di perkenalkan, duit kertas di sandarkan pada nilai emas. Tapi hari ini, duit cuma kertas biasa . Duit kertas hari ini bernilai kerana orang mempercayai nilai duit tersebut.

Apabila kerajaan mencetak duit kertas kagi, maka nilainya akan menurun itulah kita panggil sebagai inflasi. 


2. Menyimpan

Antara idea yang saya bawakan adalah supaya menyimpan. Ada rakan-rakan yang tidak pernah membuat kira-kira tentang di mana duit mereka habiskan.
Antara nasihat yang biasa saya sarankan . Sediakan 4 kad ATM, asingkan duit yang kita ada terutamanya pelajar. Elakkan satu jumlah wang yang besar dalam satu akaun.
Kebaikannya, jika bank anda di hack . Anda tidak kehilangan semua duit anda . Asingkan mengikut keperluan seperti
a. Duit kecemasan
b. Duit makanan
c. Duit Bill/Hiburan
d. Duit Pelaburan/Buku/Seminar


Tambah lagi jika anda peniaga online, mempunyai 4 jenis bank amat memudahkan pelanggan.


3. Melabur

Buat masa ini saya juga masih belajar tentang pelaburan. Antara pelaburan yang biasa kita dengar adalah hartanah dan emas. Tapi tahukah anda, dahulu bunga tulip juga menjadi satu pelaburan.
Pelaburan secara asas terletak pada "demand and supply". Semakin tinggi permintaan terhadap sesuatu, semakin tinggi nilainya.
Antara benda pelik yang kini orang cuba jadikan pelaburan adalah "Bitcoin" .


4. Aset dan Liabiliti

Majoriti orang kaya cuma memikirkan bagaimana untuk menambah aset. Aset datang dalam pelbagai bentuk dan aset juga subjektif .
Seorang peniaga online membeli sebuah komputer. Komputer tersebut adalah aset tetap bagi beliau kerana komputer tersebut di gunakan untuk mendapatkan wang.
Liabiliti juga datang dalam pelbagai bentuk . Jika anda melanggan Astro, ianya adalah liabiti bagi anda.
Bezakan setiap perkara yang anda beli . Adakah keperluan atau kemahuan? Aset atau Liabiliti ?




5. Membina Rangkaian (Networking)

Hari ini kita lihat, orang kita cuba jatuhkan satu sama lain . Perniagaan bukan seperti itu, perniagaan adalah tentang rangkaian. Lebih ramai kita kenal, lebih luas pasaran kita perolehi.
Dalam mencari orang yang berani dan positif . Tambahan lagi dengan latar belakang yang berbeza kita dapat bersama dalam satu nama.



6. Emas

Antara orang kaya lakukan untuk menyelamatkan duit dari inflasi adalah dengan membeli emas. Duit kertas yang "sah di perakui nilai" ditukarkan kepada logam berharga.
Terpulang kepada anda emas apa yang anda inginkan. Hasrat saya cuma menyedarkan, apa yang kita rasa tidak nampak.


p/s : Semoga usaha saya dalam menyedarkan generasi Y membuahkan hasil.
Generasi lama sepatutnya melindungi generasi yang seterusnya . Tapi apa yang saya lihat, generasi lama terlalu rakus.
Berikan banyak hiburan kepada Gen Y, berikan pendidikan yang cuma untuk canang berapa banyak A tanpa ada produktiviti.
Yang Menulis
Masso Dasuki

0 ulasan:

Apa Itu Duit Fiat ?

8:25 PG 0 Comments


0 ulasan:

Di Mana Duit Kita ?

6:29 PG 0 Comments

Kita kerja untuk duit tetapi malangnya semua itu bukan duit kita.
Duit itu untuk tuan rumah yang sewa rumah, duit itu untuk orang yang jual top up. Duit itu untuk mamak yang masak mee goreng.
Robert T. Kiyosaki berpesan sila bayar diri anda dahulu. Beli aset dan melabur.
Terima kasih pendidikan Malaysia yang mendokrin rakyat untuk bekerja kuat .
Terima kasih pendidikan Malaysia yang membuatkan kita lupa apa itu hidup merdeka.


0 ulasan:

Gila Harta

6:27 PG 0 Comments

Jangan jadi GILA, siang malam kerja cari duit . Sebab duit kertas tu cuma KERTAS .
Tukarkan kertas tu jadi ASET .
1. Emas 
2. Pelaburan
3. Perniagaan
4. Hartanah
.
.
Kerajaan Zimbamwe beri kesan pada matawang bila mereka cetak duit banyak-banyak .
.

.
Kenapa cetak duit ? Sebab nak bayar hutang negara .. Bila kertas banyak cetak .. Jadi tiada nilai ..

0 ulasan:

KENAPA ORANG BERJAYA ITU BERJAYA

6:21 PG 0 Comments


⏳ Sikap dia berbeza
Orang berjaya dia tak suka komplen. Tak macam orang
gagal. Semua nak komplen. "Apa la tak ada parking",
"Apa la tak ada majan?" " Apa la pen kertas pun tak
bagi" dan banyak lagi.

Orang gagal sibuk kira benda yang tak jadi. Mentaliti dia
berbeza. Sikap dia berbeza. Kesabaran dia berbeza. Dia
suka duduk saja. Walaupun dia tak ada kerja, dia x cari
kerja.

Orang berjaya sikap berbeza!!

⏳ Mereka ini pantas.
Pantas buat keputusan, pantas buat tindakan. Dia nak,
dia nak. Tak pikir pun macamana nak jadi. Nak berniaga
buat je dulu. Ada orang pikir langit dan bumi, tapi orang
berjaya buat je dulu, dia tau Allah akan uruskan
seterusnya.

⏳ Mereka sanggup invest untuk kejayaan mereka.
Invest wang, tenaga dan masa.

⏳ Mereka bina networking yang bagus.
Maksud networking: Anda adalah siapa kawan anda.
Siapa nak hidup berubah? Upgrade kawan.

⏳ Mereka dah buat keputusan dari awal yang mereka
nak berjaya.
Tak percaya? Pegi tanya mereka yang berjaya.

⏳ Mereka berkawan dengan orang yang betul.

⏳ Mereka tidak bertangguh.
Fast action fast result. Kepantasan pemilik bisnes
mempengaruhi keputusan bisnes dia. Bisnes berkenaan
kepantasan.
Kalau sikap owmer ni lembap, agak barang yang order
tu bila nak siap?

⏳ Tidak menghiraukan kutukan
Ada setengah orang berniaga, bisnes bagus. Tapi sibuk
melayan apa orang cakap. Tak ada ilmu, sibuk layan
kutukan orang.

⏳ Fokus
Fokus 1 produk pada 1 masa. Itu pun dah boleh jadikan
anda NENEK JUTAWAN!.
Fokus 1 masalah pada 1 masa. Dimana ada masalah, di
situ ada peluang. Dimana ada peluang,di situ ada wang.
Dimana ada wang, di situ ada kekayaan.

⏳ Mereka konsisten & persisten.
Persistent, tak mudah putus asa. Dia nak, doa nak
jugak. Kalau mentaliti biasa mesti tak dapat le.
Untuk insan-insan HEBAT!!
Semoga kalian kaya & berjaya dunia akhirat!!!!

0 ulasan: