Menjual Di Online di Facebook Untuk Yang Beginner !!

12:21 PG 1 Comments

Sebelum lakukan page facebook untuk menjual atau apa sahaja bahagian paling pertama dan penting dalam pemasaran adalah BRANDING. Kita perlu faham tujuan kita lakukan page adalah untuk dapatkan perhatian pengguna Facebook. Tujuan branding untuk meletakkan servi s atau produk ke dalam otak bakal pelanggan. 

Branding boleh di klasifikasikan kepada beberapa bahagian.

NAMA,
LOGO,
UNIQUE SELLING PROPOSITION
TAG LINE

Pastikan segala perkara yang di lakukan untuk branding perlu tepat dan selari dengan servis atau produk yang ingin kita jual.



Contoh Bolso : Bolso dari perkataan Italy yang bermaksud beg tangan.




Contoh Fitdrobe Outfit : Outfit di gunakan untuk memberi tahu servis ini tentang pakaian




Contoh Jariku Bercerita : Tentang buku dan penulisan.



Contoh Ryana Enterprise : Tentang servis elektrik.



Contoh SUP : LIVE IN BEAUTY tentang kecantikan.


Dengan branding yang betul akan memudahkan kerja promosi tanpa perlu memberitahu apa yang kita jual dan lakukan.

p/s : Banyak perkara teori, teknikal dan falsafah yang perlu di lakukan untuk menjadikan page tersebut berjaya. Perkara lain seperti article marketing, integrated marketing, copywriting, keyword research, SEO, branding awareness, back link, ping, minisite, email marketing, fb insight. Jika betul kita ingin gunakan pemasaran online segala teknik perlu di cuba kerana persaingan dalam search indexing terlalu banyak. Dengan semua ramuan dan adunan pemasaran online, perniagaan atau servis dapat berjaya dengan izin Allah. 


Saya gunakan GIMP sahaja .. Tapi ini cuma fasa pertama untuk menampakkan kedai anda professional ada lagi banyak perkara yang rumit untuk mendapatkan trafik.

1 ulasan: