I am back from rest!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .Ehem3, nama aku Masso Dasuki . Sekarang dah nak masuk 21 tahun, lama juga tak menulis blog peribadi sejak hampir setahun dua tahun yang lalu . Masa rehat yang cukup panjang . Pada masa tu aku ambil keputusan untuk menlenyapkan blog peribadi aku sebab isi-isi maklumat yang tak berfaedah penuh aku tulis dalam blog tu .
Biasalah waktu remaja, kita memang banyak fikir benda-benda yang merapu kalau boleh "sakit perut" pun nak di ceritakan . Jadi tujuan aku kembali menulis adalah untuk menyumbatkan beberapa banyak idea dan teori yang lebih merapu . Sebab pada 2 tahun aku berehat dari menulis blog peribadi, aku lebih banyak menghabiskan masa dengan membaca buku-buku dan idea-idea orang lain .
Orang cakap "Orang pandai adalah mereka yang belajar dari pengalaman, manakala orang bijak belajar dari pengalaman orang lain" . Kemudian aku tertanya "Macam mana nak belajar dari pengalaman orang lain ?" "Siapa yang nak cerita pengalaman mereka pada kita ?" .
Sebenarnya tak perlu pun mencari siapa yang sudi nak bercerita pada kita . Tapi cukuplah dengan sekadar membaca . Maka aku pun nak berkongsi pengalaman aku, jadi anda boleh belajar . Nantikan teori aku yang gila merapu .
0 ulasan: