GST

2:57 PTG 0 Comments

Tulisan ini untuk bacaan aku hari esok.



     Pada waktu ini, sedang hangat isu tentang isu 1MDB atau GST. Aku sedang mengalami kecelaruan informasi dan terlalu overload di dalam kepala. Kalau hendak di ikutkan hati tidak akan ku cuba untuk memikirkan masalah ini. Tetapi entry ini cuma dapat bercakap tentang GST.

      Tapi isu ini sentiasa bermain di dalam kepala . Kenapa ? Pada mulanya aku di berikan informasi tentang sistem GST, yang akan menggantikan sistem percukaian lama iaitu SST. Kalau nak di ikutkan secara fantasinya barang akan menjadi lebih murah tetapi selepas pelaksanaan nampaknya barang menjadi lebih mahal.

      Jadi untuk mendapatkan perkara lebih lanjut, aku cuba untuk "follow-up" tentang kenapa masalah ini timbul . Lawatan ke KPDNKK memberi aku sedikit informasi lagi, terdapat banyak peniaga-peniaga yang meletakkan harga barang dengan tinggi . Kemudian peniaga sengaja mengambil kesempatan memberikan alasan, bahawa masalah GST inilah puncanya.

     Jadi apa yang KPNKK buat adalah menubuhkan satu pusat kawalan untuk menerima sebarang maklumat tentang peniaga yang tidak bertanggung jawab. Kepada peniaga yang melakukan kesalahan tersebut akan di dakwa di makahmah dan hukuman yang tinggi akan di kenakan.


       Jadi apa yang aku buat selepas GST, aku memilih harga sebelum jenama. Aku cuba membeli barang yang lebih murah dan malah mencuba setiap barang tetapi bertukar jenama untuk melihat adalah barang tersebut berpatutan dengan harga yang di berikan.

massodasuki

Programmer || Entrepreneur || Investor || Blogger || Actor || Model || Singer || Stalker || Dreamer sebenarnya cuma || Hamba Allah || -0193213193-.

0 ulasan: