Cara Aku Dalam Marketing [ Memang Newbie Habis ].

7:20 PG 0 Comments

Aku tersangatlah NEWBIE dalam bidang marketing ni, tapi hari ini aku cuma nak kongsikan cara aku lakukan promosi .

Aku jenis suka benda yang sistematik dan ada intregrasi . Maklumlah pelajar Kejuruteraan Perisian(Software Engineering) la katakan ..

Pertama : Aku tak suka buat promosi gunakan akaun FB sendiri secara direct .. Jadi aku akan gunakan page-page sebagai customer/prospek untuk rujuk detail-detai penting .

Sebab dekat FB akaun aku akan ada banyak orang tag gambar program dan bisnes-bisnes yang lain . Maka akan terjadi information overload.


Lepas dah buat page tu jangan lupa share ke group-group . Jangan ingat update kemudian berpusu-pusu orang datang dan like .



Antara faedah lain kita boleh tengok aktiviti manusia .. Ramai sebenarnya yang suka berqiamulail di Facebook . Hmmm ..


Ini adalah data yang tersangat banyak dalam page . 




Ok tiba-tiba hilang idea nak menulis, mungkin lepas ni boleh share macam mana nak exchange like guna website percuma ..

atau kenapa aku juga buat blog dalam promosi  ..


blog ni lebih mudah tak perlu promote pun orang datang melalui pak cik google ..



Ada banyak lagi page yang aku buat tapi tak semua berjaya, tak semuanya pergi jauh . Hidup kena rasa gagal, baru rasa nikmat kejayaan.


0 ulasan:

Siapa Manusia ?

7:07 PG 0 Comments

Biar saya mulakan kolum ini dengan membincang secara ringkas soalan siapakah itu manusia. Dalam adegan, pemandangan 2, watak utama dalam drama Shakespeare dengan nama yang sama, Hamlet, bertanya: "Ciptaan apakah ini manusia ??" yang nampak begitu hebat! 

Mengikut ajaran Quran, manusia atau insan dijadikan dari tanah (6:2), dari segumpal darah (96:2), dari air mani yang terpancar (75:37). Namun demikian, perkara pertama yang harus kita faham ialah manusia dijadikan Tuhan sebagai khalifah di Bumi (Lihat Quran, 2:30). Khalifah ertinya pengganti atau raja. Ini bermakna manusia suatu makhluk yang mengganti satu makhluk lain sebelum ini, dan dia juga berpotensi menjadi raja yang boleh mentadbirkan dirinya dan dunia.





Dalam sebuah ayat lain yang dahsyat yang sama maknanya, Tuhan menawarkan tanggungjawab memerintah dunia kepada langit, bumi dan gunung-ganang, tetapi mereka menolak tawaran ini kerana takut tidak boleh melaksanakannya dengan baik. Sebaliknya, manusia menerima tawaran berat ini. Ini membuktikan bahawa dia mempunyai satu destini yang besar, yang tidak sanggup dipikul oleh makhluk-makhluk lain. (Lihat Quran, 33:72)
Ini perkara pertama yang mesti kita tahu tentang manusia, yakni diri kita.

Perkara kedua, manusia itu hamba Allah, Yang menjadikan dia dan menjadi langit dan bumi, mengikut suatu pertauran yang dipatuhi oleh langit dan bumi tanpa pilihan, tetapi yang mesti juga dipatuhi oleh manusia secara sukarela. Ini kerana manusia berbeza daripada makhluk-makhluk lain kerana dia diberi akal oleh Tuhan dan harus memilih antara yang baik dan yang jahat. Cerita Adam dan Hawa, yang melambangkan manusia pertama, dinyahkan dari syurga kerana melanggar perintah Tuhan daripada mendekati "pohon ini" (Lihat Quran, 2:35) menunjukkan bahawa "pohon ini" merupakan sempadan antara makhluk yang bersifat kebinatangan dengan makhluk yang bersifat kemanusiaan. Sempadan ini sarat dengan bahaya, kerana jika makhluk ini melangkah sempadan ini, ia mesti bertanggungjawab atas segala apa yang dia lakukan. Sempadan ini tidak lain dari ilmu atau kesedaran tentang baik dan jahat. Sebelum ini, makhluk ini tidak lebih daripada binatang yang bertindak mengikut nalurinya. Sekarang makhluk ini mencapai taraf manusia atau dalam istilah sains, Homo Sapiens, makhluk yang berakal. Dari segi sejarah perkembangan hayat di Bumi, ia merupakan suatu detik yang kritikal. Sebab itu Tuhan melarang Adam dan isterinya mendekati pokok itu, tetapi tidak pula Dia menghalang mereka daripada melangggar perintah-Nya. Ini membuktikan bahawa makhluk manusia tidak dapat tidak mesti melalui proses pemanusiaan.

Inilah perkara kedua yang harus kita fahami tentang manusia. Dia hamba Tuhan yang diberi kebebasan untuk mentaati atau mengingkari-Nya. Seeloknya, dia mesti taat secara sekarela. Inilah manusia yang dinamakan mukmin.

Perkara di atas membawa kita secara logik kepada perkara ketiga. Perkara ketiga ialah, dengan kebebasan, manusia boleh membantah perintah Tuhan dan menjadi seorang pemberontak. Ini menyebabkan manusia berpecah menjadi dua jenis: manusia beriman dan manusia kafir. (Lihat Quran, 64:2) Cerita dua orang anak Adam yang berkelahi hingga seorang daripadanya membunuh saudaranya (Lihat Quran 5:27-31) membuktikan kewujudan dua jenis manusia ini.

Dua jenis manusia ini berpecah pula menjadi tiga jenis: mukmin, kafir dan munafik. (Lihat Quran, 2:8-10) Kedua-dua kafir dan munafik tidak beriman kepada Tuhan, tetapi yang munafik itu lebih berbahaya kepada manusia, kerana mereka berpura-pura beriman, tetapi sebenarnya kafir.

Apabila Tuhan nyahkan Adam dan Hawa daripada syurga pertama (kehidupan tanpa kesedaran), Dia menjanjikan mereka petunjuk yang akan dikirim kepeda mereka dari semasa ke semasa. Selagi mereka mengikut petunjuk ini, mereka akan selamat. Mereka yang menolak petunjuk ini akan menderita azab neraka. (Lihat Quran, 2:36-39).

Inilah perkara keempat yang harus kita sedari. Iblis atau Syaiatan, yang melambangkan prinsip pemberontakan terhadap Tuhan (Lihat Quran, 2: 34-26), telah memecahkan manusia, melalui komplot dan hasutanya, kepada tiga jenis: mukmin, kafir dan munafik. Namun demikian, Tuhan telah berjanji kepada orang mukmin bahawa selagi mereka kekal mukmin dan berjuang di jalan-Nya, mereka akan dapat mengatasi musuh-muush mereka dari kalangan orang-orang munafik dan kafir dan akan mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. (Quran, 40:51) Sebaliknya, jika mereka membenarkan diri mereka diperdayakan oleh dan tunduk kepada Syaitan, mereka akan gagal dan menderita azab neraka. (Quran, 17:22)

Perkara keempat ini, nampaknya, menjelaskan kepada kita bahawa manusia tidak boleh lari daripada panduan Tuhan melalui kitab-kitab-Nya yang dikirim kepada ramai nabi dan rasul. Seperti yang diketahui oleh orang Islam, panduan Tuhan yang terakhir, lengkap dan sempurna terkandung dalam Quran.

Perkara di atas menunjukkan bahawa akal manusia, walaupun tinggi nilainya dari segi ajaran Quran, mesti menyelaraskan saranan-saranannya dengan petunjuk daripada wahyu Ilahi. Ayat 100, surah 10 dengan jelas menunjukkan keselarasan akal dengan iman dari segi ajaran Islam. Kita menekankan perkara ini, kerana terdapat zaman-zaman dalam sejarah manusia apabila manusia menadi rasionalis pelampau. Satu daripada zaman itu ialah abad kelapan belas Eropah. Abad ini dikenal dalam sejarah Eropah sebagai The Enlightentment atau The Age of Reason.
Sempadan antara akal yang betul dengan iman yang betul boleh menjadi sangat samar atau sangat berbahaya. Kita telah melihat zaman-zaman apabila nama Tuhan telah digunakan untuk melakukan penipuan dan penindasan yang dahsyat. Kita juga telah melihat zaman-zaman apabila atas nama akal rasional kezaliman dilakukan. Oleh yang demikian, kita mesti berhati-hati supaya pegangan kita kepada agama atau kepada akal rasional tidak sampai peringkat fanatik hingga boleh mendorong kita menjadi zalim.

Keempat-empat perkara ini perkara-perkara asas bagi manusia, di samping prinsip kesatuan manusia. (Quran, 31:28) Ciri-ciri asas ini berlaku bagi semua bangsa, termasuk bangsa Melayu, atau bangsa Malaysia yang sedang kita bina. Ini tidak bermakna semua bangsa di dunia mempunyai ciri-ciri yang sama. Kita berbeza dari segi bahasa, budaya, adat-resam, sistem pemerintahan, sistem ekonomi dan juga undang-undang. Kepelbagaian ini wujud dalam satu kesatuan kemanusiaan.
Saya akan menutup rencana pertama ini dengan menghuraikan sedikit lagi tentang konsep manusia sebabagi khalifah. Perlu diingat bahawa para malaikat membantah cadangan Tuhan hendak mencipta khalifah ini dengan alasan dia akan merosakkan dunia serta menumpahkan darah. (Lihat Quran, 2:30) Cerita ini ialah kiasan yang merujuk kepada sifat kebinatanag manusia, tetapi Tuhan Yang Maha Mengetahui tahu akan potensi manusia sekiranya ia senantiasa meningkatkan dirinya dari segi akal rasionalnya, termasuk moral dan spiritualnya. Oleh itu, Tuhan memerintahkan para malaikat sujud kepada manausia. (Lihat Quran, 2:34).

Demikianlah hebatnya manusia hingga segala tenaga alam diperitah oleh Tuhan berkhidmat kepadanya! Oleh yang demikian, yakinlah orang mukmin boleh memerintah dunia dengan adil dan menjadikannya sebuah taman firdaus, sekiranya mereka mencapai potensi mereka, seperti yang kita huraikan di atas.

dipetik dari : http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=13231

0 ulasan: