Kenapa Mesti Ada Benci Dalam Hati Orang Islam Itu Sendiri ?

Fikiran aku selalu lari dari pemikiran mainstream.
.
Kenapa mesti ada benci terhadap bangsa lain.
.
Aku konfius bila ada orang cakap benci Yahudi dapat pahala.
.
Kenapa perlu ada benci kepada penganut agama lain.
.
Kita pun "alhamdulillah", dapat Islam baka.
.
Allah pilih untuk ke "syurga", itupun kalau dapat mati masih dalam Iman.
.
"Islam dari segi bahasa berasal daripada kata dasar salama yang membawa maksud taat dan patuh, aman dan damai serta terlepas atau jauh daripada kekurangan zahir dan batin."
.
Berapa dalam kita kenal Islam dalam diri dan hati ?
.
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW.
.
Baginda menyebarkan dakwah dan cinta, semoga dapat kita bersama di syurga.
.

Increase Your Financial IQ - A Review



Bayangkan ada RM1 juta duit dari langit, dapat dekat tangan kita.

.
Kalau tak pandai uruskan, esok juga boleh jadi papa kedana.
.
Saya pun bukan pakar, tapi dalam buku ni ada ceritakan tentang FIAT Currency, Presiden Nixon, duit adalah idea.
.
.

Increase Your Financial IQ
.


Ada manusia yang membayar orang lain dahulu seperti beli henset baru, beg tangan dan segala barang kemahuan.
.
Jarang manusia di ajar untuk membayar diri sendiri untuk masa depan.

.
Apa tiang utama Financial IQ?
.




1. Membuat bajet terhadap wang anda. 

Jika kita tak membajetkan wang kita, kita akan ketirisan wang kerana kita tidak tahu perbezaan keperluan dan kemahuan.
.
Dan kita akan kehabisan duit tanpa ada sebarang faedah dari wang tersebut.
.
2. Melindungi wang anda.
.
Jika anda seorang ahli perniagaan anda perlu melindungi wang anda daripada cukai. Bukan bermaksud tidak membayar cukai. Tetapi memaksimakan penggunaan duit anda untuk mendapat pengecualian cukai.
.
3. Leveraj wang anda.
.
Setelah anda membuat bajet wang tadi, pastikan duit lebih anda di gunakan untuk menambahkan lagi wang tersebut.
.
Jangan habiskan duit anda 100 peratus tanpa leveraj(mencungkil/memanfaatkan).
.
Laburkan wang tadi pada ilmu, buku, pelaburan dan sebagainya.
.
4. Tambah Ilmu Kewangan
.
Sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan wang tapi kita malas dan hanya bergantung pada sistem gaji.
.
Teruskan bekerja seperti biasa, belajar ilmu kewangan dan bagaimana untuk mendapatkan wang pasif.
.


Teori Syarikat Dan Generasi



Generasi selepas merdeka kita panggil baby boomers.

.
Generasi sebaya saya di waktu teknologi mudah di dapati kita panggil sebagai Gen Y.
.
Generasi baby boomers adalah generasi yang bersusah payah untuk membuka syarikat.
.
Generasi X adalah generasi yang bekerja untuk syarikat yang di bina oleh Baby Boomers.




.
Yang menenuhi ruang pekerjaan kini adalah Generasi X dan merasa nikmat sewaktu syarikat berada di puncak.
.
Jadi kepayahan untuk peroleh kerja adalah Generasi Y.
.
Kerana sewaktu Generasi Y memperoleh segulung ijazah. Banyak syarikat telah mati dan gulung tikar.
.
Tiada benda yang kekal, termasuk syarikat.




.
Syarikat Kodak juga mati akibat perkembangan teknologi kamera digital.
.
Apa yang Generasi Y perlu lakukan adalah belajar untuk bina syarikat sendiri walaupun sambil bekerja.
.
Kerana untuk fasa seterusnya Gen Y perlu menyediakan peluang pekerjaan untuk generasi yang mendatang.
.
Kesalahan Gen X, mereka berada di "Zon Selesa" terlalu lama. Jadi mereka mengharapkan sepenuhnya pada Baby Boomers.
.
Pada waktu ini Baby Boomers sudah mencapai usia dan tidak lagi produktif.
.
Idea dan strategi perniagaan Baby Boomers mungkin tidak lagi relevan kerana perubahan zaman.
.
p/s : Jika anda generasi y dan sedang berusaha memulakan empayar.
.
Anda adalah seorang yang akan menyelamatkan kestabilan ekonomi untuk generasi.
.
Fokus Gen Y, seharusnya bukan cuma wang yang "banyak" . Tapi mencipta satu produk atau bussines model yang baru.
.
But becareful if you want to collaberate with Baby Boomers and Gen X because they are sometime selfish. They are arrogant .
.
Sometime they not really want to help you but only use your idea because our IQ increase by generation.
.
Fin

Duit Fiat, Inflasi dan Politik ?



Kalau harga barang naik harga adakah barang tu mungkin turun harga ? Tidak bukan, jadi itulah yang kita katakan "compound interest" pada inflasi.

Kenaikan gaji setiap tahun tidak dapat menampung kadar inflasi yang berlaku setiap bulan .Lihat pada graf 2012, 2016 di bawah.


Duit kita akan susut nilai setiap bulan, nilai duit yang susut menjadikan kuasa membeli kita berkurangan.

Tidak kira siapa yang anda undi, selagi kita berada dalam sistem Duit Fiat perkara ini akan terus berlaku.

Untuk memajukan ekonomi negara kerajaan akan membeli Bond untuk mencetak duit.

Semakin banyak duit di cetak, semakin kurang kuasa membeli setiap individu.

Kita tak ada pilihan sama ada menjaga diri sendiri atau menyalahkan politik atas kesusahan yang kita alami.

Bagaimana nak menjaga diri sendiri (pendapat saya) ?

1. Buka Minda Terhadap Peluang
2. Berani Untuk Mencuba 
3. Tidak Takut Gagal
4. Teruskan Menuntut Ilmu Kewangan.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” SurahAr-Ra'd Ayat 11

--- 

Setiap tahun, Ringgit kita menurunkan nilai pada kadar yang berulang-ulang kali. Kadar ini dipanggil, kadar inflasi. Pengkompaunan formula kepentingan berfungsi untuk mengira inflasi juga. Tangkapan hanya sekarang ialah, ia bekerja terhadap anda.




Daripada menggunakan nombor positif untuk kepentingan dalam formula, gunakan negatif untuk mewakili inflasi. Sebagai contoh, jika anda ingin untuk menggambarkan bagaimana RM100,000 akan kelihatan seperti 20 tahun kemudian dengan kadar inflasi sebanyak 3%, menggantikan "i" dengan -0.03 mewakili -3%.

Dengan mempunyai negatif, seluruh pengkompaunan formula faedah yang akan flip ke arah gearan negatif.
2012

2016

Dengan kadar inflasi hanya 3% setahun, RM100,000 akan kehilangan hampir separuh nilai asal dalam masa 20 tahun untuk RM54,379.43.
Dengan kadar inflasi hanya 5% setahun, RM100,000 akan mencairkan 74.2% daripada nilainya dalam tempoh 20 tahun untuk RM35,848.59.





p/s : Maaf ayat atas ni google translate ..

Di translate oleh Google translate dari :
Compounding Interest for Inflation

Every year, our Ringgit is devalue by a rate over and over again. This rate is called, inflation rate. Compounding interest formula works for calculating inflation as well. The only catch now is, it is working against you.

Instead of using positive number for interest in the formula, use negative to represent inflation. For instance, if you would like to illustrate how RM100,000 would look like 20 years later with an inflation rate of 3%, replace “i” with -0.03 to represent -3%.

By having negative, the entire compounding interest formula will flip towards negative gearing.
With inflation rate of just 3% a year, RM100,000 will lose nearly half its original value within 20 years to RM54,379.43.

With inflation rate of just 5% a year, RM100,000 will dilute 74.2% of its value within 20 years to RM35,848.59.


Isteriku Berpoligami - Kesakitan Manic Episod

Kau tahu kau dalam Manic Episod bila percakapan kau mula jadi terlalu laju dan fikiran kau berfikir tentang banyak perkara yang "complicated" .
.
Dalam manic episod tidak terlalu sakit seperti Depression Episod.

Cuma ia jadikan malam aku tidak dapat tidur. Aku cuma dapat berhenti berfikir selama 10 saat dan kemudian "racing thought" mula mengganggu aku.

Jika waktu ini orang cuba, berkomunikasi dengan aku. Mereka cepat merasa "annoying" tetapi aku tidak sedar percakapan aku menjengkelkan dan tidak di sengajakan.




Walaupun Manic Episod menjadikan aku extroved, tetapi langkah berjaga perlu di ambil supaya aku tak mengguris hati sesiapa.

Tambah lagi cuma kawan sejati yang mampu dekati aku pada waktu Manic Episod.

Sebab kawan sejati faham tentang "mental illness" yang kau hadapi. Dan kawan sejati takkan judge kau secara tiba2.

Dalam waktu ini, aku akan berlaku sangat jujur dan tak memikirkan hati orang.

Aku terpaksa menulis untuk menenangkan fikiran aku yang bercelaru memikirkan masa hadapan dan perancangan.

Aku bersyukur aku sedar akan penyakit ini. Kalau boleh biarlah aku kawal secara semula jadi.

Andai kata, aku gunakan ubat klinikal . Manusia akan kenal aku kerana ubat dan ianya mungkin bukan aku.

Bila aku kata "aku tidak stabil", just kasi 2-3 kata-kata semangat dan jangan banyak bunyi.

Kadang terasa begitu ingin hidup seperti orang biasa yang mempunyai satu karakter.

Aku perlukan seorang isteri yang akan beritahu "Abang behave.." bila aku berada dalam Manic. Dan "Abang chill sikit" bila dalam Depression.

Kepada mereka yang cuba menyayangi dan memahamiku. Anda tidak mengenali satu karakter, tetapi 3 dalam satu. Secara tidak langsung isteriku berpoligami.

Tulisan ini adalah untuk memohon maaf andai kata ada yang tersinggung dan membantu aku untuk track emosi luar kawalan bila aku dalam keadaan stabil.

Tulisan ini juga untuk meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang "mental illness" selain diabetes atau sakit jantung.

Bipolar Disorder boleh berlaku kepada anda juga, kerana faktor tekanan kerja juga mendorong kepada gejala ini.

3 pagi . 8 hb 12 2016


Kenapa Masih Single - Depression Episod

Entri ini bukan entri untuk umum tapi sekadar entri tentang aku.

Kenapa masih single ? Persoalan yang aku pun tertanya pada diri aku.
Mungkin kerana Bipolar Disorder, kawan aku kata "Kau cuma taksub dengan Bipolar Disorder punya term".

Aku juga berharap begitu, tapi alangkah malangnya tidak. Setelah pelbagai bacaan dan kuiz yang aku buat. 90 peratus aku sakit mental.


Aku lebih berharap supaya otak aku berada dalam kondisi Manic. Dalam kondisi manic, aku jadi hyperaktif, dapat uruskan masa dan paling banyak keluarkan idea dan projek.

Aku berharap untuk tidak berada dalam kondisi Depression. Kondisi depression, buatkan aku tidak dapat buat beberapa kerja, cepat marah, tidak ada selera makan.

Walau mana-mana kondisi aku tetap tidak sesuai untuk di jadikan "teman lelaki". Kondisi manic buatkan aku suka untuk sibuk dan menganggap aku tak perlukan perhatian perempuan.

Dalam kondisi depression, aku perlukan seorang teman untuk berborak dan luahkan perasaan. Tetapi aku akan jadi lebih beremosi berbanding perempuan itu sendiri.

Akhirnya penulisan aku adalah teman aku, aku menulis tidak mengharapkan simpati atau apa.

Cuma penulisan adalah monolog dengan diri aku. Cara untuk aku bertenang dari fikiran aku yang seperti litar lumba dan sering bertukar-tukar topik. Berputar ke belakang mengingati perkara yang menyakitkan.

Kemudian persoalan yang aku juga tertanya pada diri aku "Kau tak sunyi ke?" . Mungkin ramai yang single tu sedang merungkai persoalan yang sama.

Ya, kadang kala melihat newsfeed ramai kawan perempuan sebaya dah nak bernikah. Terasa juga ingin seorang wanita menjadi tulang belakang.

Bila aku berada dalam keadaan hypomanic atau normal. Lebih 20 perempuan aku cuba untuk kenal lebih rapat.

Bila aku berada dalam kondisi depress, aku akan buatkan mereka terasa "annoy" dengan aku sebab berada dalam keadaan yang low-self-esteem.

Bila aku berada dalam kondisi manic aku lupa mereka wujud atau aku akan terlihat seperti "pervert" pada mereka.

Akhirnya mereka akan pergi jauh dan sengaja jauhkan diri. Konklusinya aku biarkan hati ini mati tanpa rasa romantis.

Perempuan suka lelaki yang "try hard" untuk mereka. Tapi manic buatkan aku "try hard" untuk projek dan idea.

Perempuan suka lelaki yang menjaga emosi mereka, tapi aku lebih beremosi dan lebih cemburunya.

Untuk perempuan yang kenal terlebih rapat dengan aku. Aku minta maaf jika ada perkataan dan kesilapan yang aku buat.

Perempuan adalah entiti yang sangat bahaya bagi aku, kerana kenal rapat dengan seseorang membawa aku kepada "suicide thought".

Untuk mereka yang ada kondisi yang sama, mohon sentiasa tabah dan percaya "cahaya" akan tiba.

Kepada anda yang mempunyai kenalan kelihatan physco. Mohon jangan biarkan dia hadapi sendiri.

Setiap manusia mungkin kelihatan normal di luarnya. Tetapi di dalam jasadnya, cuma dia seorang yang tahu betapa sakitnya dalam pertarungan Dimensi.

3 pagi 24 November 2016

Belajar Dari Nasi Lemak Anak Dara

Dah sebulan lebih viral tentang Nasi Lemak Anak Dara .

Dekat page ada 40,000 like !!!

Kenapa viral ? Sebab dia banyak fokus pada pemasaran .

Walaupun cuma meja biasa, kedai depan parit .

Kepada Melayu yang nak ceburi bidang perniagaan .. pastikan anda belajar ini .

1. Branding
2. USP
3. Internet Marketing
4. Target Market

Hentikan serbu melulu berniaga tanpa asas . Hentikan Trend berniaga On dan Off .

Nak belajar berniaga ? 
Cuma Google keyword yang saya sebutkan dan tak perlu jumpa Azizan Osman, phD Metafizik pun .

Dan untuk "sustainability" belajar "Kredit dan Debit" .

p/s : Jangan salahkan beliau begitu viral, sebab beliau mungkin jodoh saya . muahaha 


Jual nasi lemak pun ada page kot .. 



46, 000 ++ likes ..