Terima Kasih SMK Seri Keramat .

1:19 PTG 0 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera .

Mungkin entry kali untuk pelajar SMK Seri Keramat dan ucapan terima kasih kepada guru-guru dan warga SMK Seri Keramat termasuk staff dan Kak Ana. Kak Ana yang jaga kedai buku tempat dulunya melepak dan dia juga yang bercerita tentang isu politik pada masa yang sama .

Seronoknya apabila berada di SMK Seri Keramat berada bersama dengan rakan-rakan selama 5 tahun. Di sana ramai rakan-rakan yang mempunyai ideologi masing-masing dan cerita yang menarik.

Tanpa SMK Seri Keramat saya tidak akan berada di Universiti Teknologi Malaysia . Impak sekolah menengah amat memberi kesan kepada pembentukan jati diri mahasiswa di institut pengajian tinggi .

Saya ingat lagi pertama kali memikul tanggungjawab sebagai ketua kelas di 1 Budiman . Amanah yang pertama saya pikul untuk memegang kunci bilik darjah . Kemudian menjadi Pengerusi Pengakap SMK Seri Keramat, Pengerusi Koperasi dan banyak juga aktiviti ko-kurikulum yang saya ikut. Bila ada program motivasi saya tidak akan lepaskan peluang untuk menyertai, sebab dulu saya cuma nak "makan free" ja.


1 Budiman 


Dan hari ini berada di universiti, niat untuk lari daripada aktiviti luar tidak kesampaian . Oleh kerana apa yang di bentuk semasa di SMK Seri Keramat akan terkeluar sedikit demi sedikit .

Kemudian berada di universiti saya menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan, kemudian menjadi Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Dr. Ismail dan kini di beri peluang untuk bersama Majlis Perwakilan Mahasiswa, UTM.


PALAPES UTM


Jawatankuasa Kolej Mahasiswa


Majlis Perwakilan Mahasisa (Kena Crop)


Jadi pesanan untuk adik-adik yang berada di SMK Seri Keramat, jangan pernah terlepas apa yang di berikan oleh SMK Seri Keramat . Dan selamat menduduki peperiksaan, kami abang dan kakak yang mahasiswa dan mahasiswi menanti anda di sini .



p/s : Muka kena edit habis licin tanpa sebarang krim pencerah ..

0 ulasan:

Hari ini bersama Naib Canselor UTM.

5:06 PG 0 Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah hari ini, Allah mengizinkan saya untuk turut serta dalam program ringkas bersama ProfIr. Datuk DrWahid bin Omar, Naib Canselor UTM . Walaupun ucapan yang pendek tetapi memberi impak terhadap hasrat, misi dan visi beliau .



Salah satu fakta di sebut beliau yang saya membuatkan kagum adalah

UTM mencipta lebih dari 30 billion aset negara . Di mana aset yang di sebut adalah modal insan yang berjaya membina kejayaan malah terlalu ramai produk UTM yang bergelar jutawan .
Dan kerajaan telah membelanjakan lebih kurang 20 billion kepada UTM dari pelbagai sudut . Keuntungan lebih dari 10 billion di perolehi oleh negara .

Terima kasih kepada rakyat yang membayar cukai . Dan wang cukai ini di salurkan kepada UTM untuk membina lebih aset negara . Jadi penting untuk setiap mahasiswa bergerak aktif dan mengorak langkah untuk kejayaan.

Gunakan peluang sebaik mungkin, bukan sahaja peluang menuntut ilmu di dalam kelas malah bergerak di luar kelas yang membolehkan memberi nilai tambah pada diri . Selagi bergelar mahasiswa kita tinggalkan sedikit bakti kepada rakan-rakan dan masyarakat . Allah meletakkan kita di sini dengan tujuan yang tersendiri .

p/s : 21 haribulan November 2014 . Beliau akan berada di padang kawad Palapes UTM, untuk pemakaian pangkat squad aku .. PANTERAAA .




0 ulasan:

Kenapa perlu lari ? Tenang dan Hadapi .

9:47 PG 0 Comments

Awak kena lakukan kesilapan untuk menjadi lebih baik . Mengaku kesilapan awak . Memperbaiki hari demi hari .

Aku berkata "awak" bukan kerana aku sempurna . Kerna aku juga manusia yang terlalu banyak silap langkah .

Orang cakap umur tak menunjukkan kematangan . Aku juga berpendapat macam tu dahulu. Tapi sebenarnya sepanjang meningkat usia akan hadapi masalah demi masalah . Kesilapan demi kesilapan .



Tapi hidup mesti di teruskan . Daripada masalah anda akan temui jalan penyelesaian . Dan jalan penyelesaian yang ada itu anda gunakan untuk meningkatkan kualiti hidup .

Jadi anda tidak akan temui penyelesaian tanpa menghadapi masalah . 



0 ulasan:

Kenapa Hilang Fokus ?

11:01 PG 0 Comments

Perkara macam ni selalu terjadi pada aku . Hilang Fokus ! Maklumlah otak kreatif aku ni selalu nak bekerja dan berfikir tentang banyak perkara yang boleh aku buat dengan kemahiran yang aku ada . Tetapi bila terlalu banyak benda nak buat, aku akan berada dalam satu keadaan yang "tak nak buat apa-apa langsung!" 

Bila ada idea, aku akan start buat perkara tersebut dan kemudian bila idea baru muncul aku akan tinggalkan idea lama yang belum nampak hasil kejayaan. Maka terjadilah nama kerja separuh jalan, idea yang bernas kita nampak seperti tidak berhasil . 

Dan bila tiba masa untuk flashback benda-benda yang aku dah buat . Wow !! Banyak kerja yang separuh jalan tapi tak tahu bila projek-projek tu nak sambung. Tak sabar untuk dapat semula masa-masa lapang seperti dulu. Kena susun jadual seelok-eloknya untuk dapat mood dan masa . 

0 ulasan:

Terima Kasih Dasuki Kasim dan Saniah Badar

1:07 PTG 0 Comments

Terima kasih kerana memberikan nikmat untuk aku melihat dunia .
Walau dunia tidak seindah syurga, namun udara yang aku hirup
dan nafas yang aku helakan amat terasa nikmatnya .

Terima kasih kerana memberikan peluang untuk bersama mereka
yang penuh cinta menyanyangi antara satu sama lain .

Minta maaf setiap sakit sendi dan setiap peluh keringat yang
terpaksa kamu keluarkan untuk membesarkan aku .
Minta maaf atas setiap kenakalan aku dan setiap suara lantang
yang aku keluarkan membantah setiap kata-kata murni kamu.
Maafkan aku kerana lambatnya aku berfikir untuk menjadi matang .
Maafkan aku kerana, walaupun kini usiaku mencecah 21 tahun
tetapi tidak dapat membalas jasa-jasamu .
Sememangnya takkan dapat aku balas, biar dengan wang
mahupun tenaga tulang empat keratku.

Di sebalik ucapan "Selamat Hari Jadi" yang di ucapkan kepadaku,
membuatkan aku fikirkan kamu .
Kerana setiap kali sampai waktunya ulang tahun umurku,
begitu juga umur kamu berdua akan meningkat.

Aku menghitung hari waktu dan saat bila lama lagi dapat aku melihat
senyuman di wajah suci kamu . Alangkah indahnya jika senyuman
itu adalah kerana kamu berbangga dengan diriku .



Seperti baru semalam kamu mengusap dadaku,
kerana aku sakit lelah tak dapat bernafas dengan sempurna .
Kamu juga mencari ikhtiar yang termampu untuk merawat aku
yang sentiasa menyusahkan dan memenatkan kamu.

Aku juga rindu setiap tangan kematu mu, memukul tubuhku
demi mendidik aku menjadi seorang yang berfikir
atas setiap kesalahanku agar aku tak mengulanginya .

Ya Allah, seandainya setiap tapak dan langkah hambamu
ini memberi sekelumit pahala .
Seandainya pahala itu dapat di "transfer" seperti angka di pada
kaca atm machine. Kau pindahkan semua angka tersebut kepada mereka .
Kerana seandainya setiap tindakan yang baik yang aku
laksanakan adalah kerana didikan dan asuhan daripada mereka .
Walaupun pendidikan ku tidak seberapa, kerana mereka aku menjadi manusia .
Aku hina tanpa mereka .

Tiada seindah cinta, dari cinta yang telah kamu berikan padaku .
Kamu tidak pernah tahu, semasa aku sekecil tapak tangan
adakah aku akan menjadi berguna atau sampah pada masyarakat
sesudah dewasa .

Namun tidak pernah kau berhenti memberi cinta kamu dan mengasuhku .
Aku mengerti keperitan keluarga kita di waktu itu .
Aku mengerti setiap hinaan dari mereka yang tak mengerti
tentang rezeki itu ketentuan Allah .

Namun aku rindu, nikmatnya rasa maggi yang di masak dengan cinta .
Manisnya rasa sardin dan kicap yang di limpahkan ke atas nasi itu .
Kerana lauk itu, bukan sebarangan .
Lauk itu di sediakan dengan susah payah mencari sisa-sisa wang syiling yang ada .

Wahai bidadari yang menjagaku, seandainya aku ingin mencari seseorang bidadari lain untuk menemani sepanjang hidupku . Aku berharap dia adalah sepertimu yang teguh, sabar dan tabah . Tetapi aku sudah pasti tidak akan ketemukannya kerana kau adalah satu-satunya yang teristimewa .

Wahai bidadara yang menjagaku, ingin aku menjadi seperti kau yang teruskan hidup dengan apa adanya .
Kau begitu baik orangnya sehingga orang sekeliling inginkan bantuanmu dan kamu tidak pula meminta imbuhan yang lebih atas itu .
Cukuplah ayat mu berkata "Beri ikutlah seikhlas hati" .

Wahai bidadari dan bidadara yang menjagaku, tanggungjawab kamu
cukup sempurna dan tiada kurangnya .
Betapa sebak aku melihat anak-anak yang di limpahkan kemewahan
tetapi menyalah gunakan nikmat .
Terima kasih kerana memberikan aku apa yang perlu,
tidak kurang dan tidak lebih .

Wahai bidadari dan bidadara yang menjagaku, terima kasih
kerana membina sebuah rumah kayu usang yang
penuh dengan cerita dan cinta .
Rumah tempat berteduh dan kawasan untuk bermain .

Satu hari jauh dari seorang kekasih, akan lebih terasa panjang dari
hitungan tahun . Malam yang penuh dengan cinta akan lebih singkat dari minit .

Untuk Insan Teristimewa Saniah Badar dan Dasuki Kasim .

0 ulasan:

Don't Just Pray Do Some Action Bitch !!

10:22 PTG 0 Comments

Asssalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Wah, bila ada segelintir yang bermati-matian untuk boikot ada juga pihak yang bermati-matian untuk mengatakan tindakan boikot itu tidak berfaedah . Bagi mereka yang tidak memboikot mempunyai pendirian itu adalah pilihan masing-masing .

Mereka pandai berkata tentang pilihan tetapi mereka tidak sedar dengan memboikot akan membuka lebih banyak pilihan lain . Inilah masanya untuk membantu produk-produk tempatan yang mana mereka mencari ruang-ruang pasaran yang ada.



Adakah terlalu payah bagi peniaga-peniaga bumiputera untuk menawan hati rakyat tempatan ? Mungkin kerana rakyat kita memang mudah di "brainwash" dengan kotak kecil berbentuk empat segi . Mereka merasakan apa yang keluar dari televisyen ada produk yang bagus .

Ingin sahaja aku tunjal kepala mereka yang bagang abadi . Macam mana hang dapat masuk universiti kalau benda kecil tak dapat nak berfikir . Ada pula yang perjuangkan bermati-matian produk kesayangan mereka macamlah dapat komisyen.



Siapa kata tindakan seseorang tak dapat mengubah satu dunia ? Sedangkan aku mula takut untuk mengunyah dan menekan produk yang memberi aku nikmat tetapi meragut nyawa orang lain, setelah aku melihat dua orang rakan yang menolak barangan tersebut. Yes, cuma dua orang dan bukan satu UTM . Tetapi dapat mengubah pendirian orang-orang sekeliling .


Sedangkan pemimpin yang cukup di segani iaitu Tun Dr Mahathir pun menyokong kempen boikot . Kini beliau sihat lagi untuk menyambut ulang tahunnya yang ke 89. Tetapi kenapa tidak rakyat marhaen ? Wahai rakyat Malaysia, ini bukan tentang agama atau bangsa tetapi tentang sifat kemanusiaan . Jika hari ini kawan-kawan India atau China aku tinggalkan dunia ini, aku juga pasti akan sedih dan berkabung walau tidak seagama dan sebangsa denganku.



0 ulasan:

Berapakah nilai syurga ?

10:07 PTG 0 Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Melihat kembali ke belakang tentang perjalanan hidup terlihat pahit dan dukanya hidup ini sebenarnya . Apabila aku mula berkongsi tentang dukanya kehidupan aku, akan ada rakan yang mengatakan dia melalui hidup yang lebih getir dari aku . Betapa susahnya dia sebab terpaksa makan maggi seminggu .



Ya, hidup ini kita perlukan usaha dan ujian untuk berjaya . Kadang kala perlu berhempas pulas dan menangis dan kemudian barulah kita layak untuk merasai nikmat kejayaan. Namun apa yang kita usahakan dan perjuangkan itu pastinya memberi nikmat pada individu iaitu diri kita sendiri .

Tetapi ada yang berhempas pulas dan bukan sahaja bermandi peluh malah bermandi darah juga untuk pertahankan sesuatu. Alangkah sebaknya melihat nyawa cuma ibarat gula-gula yang bukan di hisap manisnya sedikit demi sedikit namun di pijak berkecai menjadi serbuk-serbuk yang kecil.


Mohon jadi isteriku .


Tapi mereka meninggalkan dunia yang sementara ini untuk hidup selama-lamanya di syurga sana seperti senikata dari lagu Sumaiyah . Cukup berani ke kita untuk berada di tempat mereka ? Cukupkah iman kita untuk mati mempertahankan sesuatu yang belum pasti kita sempat merasai nikmatnya . Kemudian aku termenung melihat kembali ke belakang, ujian yang aku pikul cuma sebesar kuman jika di bandingkan dengan ujian mereka . Tapi aku dah mengeluh dan pening untuk selesaikan satu persatu . Layakkah aku ke syurga ?



0 ulasan:

Sibuknya Semester 4.

12:22 PTG 0 Comments



Alhamdullillah, semester yang keempat merupakan semester yang paling sibuk bagi aku . Yes, semestinya dengan pelbagai "Proposal" sistem-sistem yang nak kena buat presentation dan sebagainya . Tapi nasib baik ada rakan-rakan mahasiswa yang mantap-mantap jadi kerja jadi ringan la .

Bila kolej buat program ?

Aku pun tak faham macam mana aku boleh terjebak dengan aktivit sukarelawan ini . Mungkin hidayah yang datang berbisik "seorang mahasiswa harus memberi bakti kepada masyarakat" . Yelah, tak semua orang berpeluang masuk Universiti kan .



Program Khidmat Insan Dinamik 

Yes, adik-adik ni memang bertuah dapat kunjungan daripada pihak UTM . Masa aku dekat sekolah menengah mana ada abang-abang dari universiti nak datang jenguk . Berbangga dengan rakan-rakan mahasiswa yang turut sama-sama menjayakan program ni . Diorang berpengalaman cuma aku je yang baru .

Walaupun aku baru, rakan-rakan lain memang percaya dekat aku dengan memberikan aku banyak jawatan sekali harung. Aku ada prinsip, bila di beri amanah cuba untuk pikul . Sebab amanah yang datang tu daripada Allah, manusia yang beri tu cuma pengantara sahaja . Yang pasti, 100 kilogrram dumbell tu tak cukup berat nak di bandingkan dengan amanah .

Jadi harapan abang-abang dan kakak-kakak untuk adik-adik Prokid sampai ke menara gading dan kami akan menunggu adik-adik .

p/s: Adik-adik ni pun adalah amanah yang dipikul iaitu sebagai seorang anak dan pelajar.

0 ulasan:

Meletakkan Matlamat

12:19 PTG 0 Comments


Yeahhh, "go masso go" . Sebab sikap aku yang malas nak kemas beg, aku sumbatkan semua buku teks dalam satu bag tu . Sudah pasti bag yang aku pakai akan jahanam kesemuanya .

Sikap malas membawa padah.

Kalau nak pergi ke sekolah, yang setia menghantar adalah "daddyku"(panggilan manja bapak sebenarnya) . Tetapi bila nak balik kadang-kadang dia sibuk outstation(balik kampung je) . So dekat situ memang satu bala dan keperitan. Haha .

Maka cuma ada satu cara sahaja nak pulang ke rumah iaitu jalan kaki !! . 2 kilometer perjalanan menuruni bukit dan menaiki bukit malah kadang kala merentasi parit dan semak samun(jalan shortcut). Maka dengan sifat yang kedekut tak nak keluarkan seringgit untuk naik bas, aku teruskan perjalanan dengan kaki. Yelah, seringgit masa zaman sekolah menengah banyak kot bagi aku walaupun aku ada scholarship jugak masa zaman sekolah menengah dulu .




Jadi apa kena mengena dengan tajuk Meletakkan Matlamat ? Apa yang aku belajar dalam perjalanan tu yang

Pertama adalah Jangan mengharapkan bantuan orang lain. Yes, pada zaman penuh manusia yang cuma fikir diri sendiri ni kita tak boleh nak mengharap orang datang berhenti dan berkata pada kita "Nak tumpang ?" atau "Nak saya tolong?". Selagi boleh kita usaha sendiri, kita usahakan sendiri dan jangan terlalu manjakan diri mengharapkan bantuan orang lain .

Kedua adalah Bayangkan matlamat anda dengan jelas ! Yes, dalam keletihan tu aku cuma boleh bayangkan sebuah rumah kecil kesayanganku di dalam rumah itu akan ada ibu yang mendepakan tangan untuk memelukku. Dan akan ada anak-anak buah yang akan memberikan kasih sayang padaku dengan mengikat setiap gerak-geriku . "Pak Cik!" menjeritlah budak-budak tu kena wrestling . Jadi kata kunci matlmat mesti jelas.

Ketiga adalah Pastikan syarat-syarat yang anda perlu ada untuk sampai ke matlamat . Yes, selain aku fikirkan rumah dah pasti aku akan bayangkan segala rintangan yang akan aku hadapi . "Ermm, dekat sini ada anjing " "Tapi dekat sana ada bukit" itu monolog aku bila berjalan sebab pelbagai cara untuk kita sampai ke matlamat tersebut. Dengan menghadapi cabaran-cabaran kecil ini . Anda pasti boleh sampai ke rumah .


Keempat adalah Fokus pada keadaan sekarang ! Memang la nak sampai rumah kan? Tapi kalau kita tak mula berjalan dan cuma berangan akan rumah macam mana nak sampai ? Fokus pada rintangan yang akan anda hadapi sebentar sahaja lagi . Lupakan matlamat anda seketika untuk fokus pada waktu ini !

0 ulasan:

I am back from rest!

12:14 PTG 0 Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .

 Ehem3, nama aku Masso Dasuki . Sekarang dah nak masuk 21 tahun, lama juga tak menulis blog peribadi sejak hampir setahun dua tahun yang lalu . Masa rehat yang cukup panjang . Pada masa tu aku ambil keputusan untuk menlenyapkan blog peribadi aku sebab isi-isi maklumat yang tak berfaedah penuh aku tulis dalam blog tu .



Biasalah waktu remaja, kita memang banyak fikir benda-benda yang merapu kalau boleh "sakit perut" pun nak di ceritakan . Jadi tujuan aku kembali menulis adalah untuk menyumbatkan beberapa banyak idea dan teori yang lebih merapu . Sebab pada 2 tahun aku berehat dari menulis blog peribadi, aku lebih banyak menghabiskan masa dengan membaca buku-buku dan idea-idea orang lain .

Orang cakap "Orang pandai adalah mereka yang belajar dari pengalaman, manakala orang bijak belajar dari pengalaman orang lain" . Kemudian aku tertanya "Macam mana nak belajar dari pengalaman orang lain ?" "Siapa yang nak cerita pengalaman mereka pada kita ?" .

Sebenarnya tak perlu pun mencari siapa yang sudi nak bercerita pada kita . Tapi cukuplah dengan sekadar membaca . Maka aku pun nak berkongsi pengalaman aku, jadi anda boleh belajar . Nantikan teori aku yang gila merapu .

0 ulasan: