Terima Kasih Dasuki Kasim dan Saniah Badar
Terima kasih kerana memberikan nikmat untuk aku melihat dunia .Walau dunia tidak seindah syurga, namun udara yang aku hirup
dan nafas yang aku helakan amat terasa nikmatnya .
Terima kasih kerana memberikan peluang untuk bersama mereka
yang penuh cinta menyanyangi antara satu sama lain .
Minta maaf setiap sakit sendi dan setiap peluh keringat yang
terpaksa kamu keluarkan untuk membesarkan aku .
Minta maaf atas setiap kenakalan aku dan setiap suara lantang
yang aku keluarkan membantah setiap kata-kata murni kamu.
Maafkan aku kerana lambatnya aku berfikir untuk menjadi matang .
Maafkan aku kerana, walaupun kini usiaku mencecah 21 tahun
tetapi tidak dapat membalas jasa-jasamu .
Sememangnya takkan dapat aku balas, biar dengan wang
mahupun tenaga tulang empat keratku.
Di sebalik ucapan "Selamat Hari Jadi" yang di ucapkan kepadaku,
membuatkan aku fikirkan kamu .
Kerana setiap kali sampai waktunya ulang tahun umurku,
begitu juga umur kamu berdua akan meningkat.
Aku menghitung hari waktu dan saat bila lama lagi dapat aku melihat
senyuman di wajah suci kamu . Alangkah indahnya jika senyuman
itu adalah kerana kamu berbangga dengan diriku .
Seperti baru semalam kamu mengusap dadaku,
kerana aku sakit lelah tak dapat bernafas dengan sempurna .
Kamu juga mencari ikhtiar yang termampu untuk merawat aku
yang sentiasa menyusahkan dan memenatkan kamu.
Aku juga rindu setiap tangan kematu mu, memukul tubuhku
demi mendidik aku menjadi seorang yang berfikir
atas setiap kesalahanku agar aku tak mengulanginya .
Ya Allah, seandainya setiap tapak dan langkah hambamu
ini memberi sekelumit pahala .
Seandainya pahala itu dapat di "transfer" seperti angka di pada
kaca atm machine. Kau pindahkan semua angka tersebut kepada mereka .
Kerana seandainya setiap tindakan yang baik yang aku
laksanakan adalah kerana didikan dan asuhan daripada mereka .
Walaupun pendidikan ku tidak seberapa, kerana mereka aku menjadi manusia .
Aku hina tanpa mereka .
Tiada seindah cinta, dari cinta yang telah kamu berikan padaku .
Kamu tidak pernah tahu, semasa aku sekecil tapak tangan
adakah aku akan menjadi berguna atau sampah pada masyarakat
sesudah dewasa .
Namun tidak pernah kau berhenti memberi cinta kamu dan mengasuhku .
Aku mengerti keperitan keluarga kita di waktu itu .
Aku mengerti setiap hinaan dari mereka yang tak mengerti
tentang rezeki itu ketentuan Allah .
Namun aku rindu, nikmatnya rasa maggi yang di masak dengan cinta .
Manisnya rasa sardin dan kicap yang di limpahkan ke atas nasi itu .
Kerana lauk itu, bukan sebarangan .
Lauk itu di sediakan dengan susah payah mencari sisa-sisa wang syiling yang ada .
Wahai bidadari yang menjagaku, seandainya aku ingin mencari seseorang bidadari lain untuk menemani sepanjang hidupku . Aku berharap dia adalah sepertimu yang teguh, sabar dan tabah . Tetapi aku sudah pasti tidak akan ketemukannya kerana kau adalah satu-satunya yang teristimewa .
Wahai bidadara yang menjagaku, ingin aku menjadi seperti kau yang teruskan hidup dengan apa adanya .
Kau begitu baik orangnya sehingga orang sekeliling inginkan bantuanmu dan kamu tidak pula meminta imbuhan yang lebih atas itu .
Cukuplah ayat mu berkata "Beri ikutlah seikhlas hati" .
Wahai bidadari dan bidadara yang menjagaku, tanggungjawab kamu
cukup sempurna dan tiada kurangnya .
Betapa sebak aku melihat anak-anak yang di limpahkan kemewahan
tetapi menyalah gunakan nikmat .
Terima kasih kerana memberikan aku apa yang perlu,
tidak kurang dan tidak lebih .
Wahai bidadari dan bidadara yang menjagaku, terima kasih
kerana membina sebuah rumah kayu usang yang
penuh dengan cerita dan cinta .
Rumah tempat berteduh dan kawasan untuk bermain .
Satu hari jauh dari seorang kekasih, akan lebih terasa panjang dari
hitungan tahun . Malam yang penuh dengan cinta akan lebih singkat dari minit .
Untuk Insan Teristimewa Saniah Badar dan Dasuki Kasim .
0 ulasan: