Sejarah Wang Yang Saya Tahu.
Terpendam di dalam hati apabila tidak di luahkan.
Kerana tepu di dalam kepala dan terasa nak meletup memikirkan keadaan semasa.
Saya bukan pakar tetapi cuba memberi pendapat dengan ilmu yang cetek ini.
Sejarah Wang Yang Saya Tahu.
============================
Hari ini kita tidak dapat menafikan betapa semua orang tertekan dengan keadaan ekonomi. Bila nilai ringgit turun nilai, nilai yang tinggi untuk sesuatu barang. Itulah yang dapat saya lihat apabila penggunaan sistem wang fiat . Bagaimana sejarah wang ? Jika kita imbas kembali dahulu kita menggunakan sistem barter . Dan kemudian bertukar pada penggunaan emas.
Sebenarnya kertas-kertas itu adalah resit penyimpanan jonkong emas di dalam bank. Wang yang di gunakan bersandarkan kepada nilai emas di dalam simpanan.
Namun apabila Presiden Nixon menukar kepada sistem wang fiat, wang yang anda pegang hari ini tidak lagi bersandarkan emas tetapi hanya kertas kosong yang di perakui dengan nilai. Malah ianya boleh di keluarkan seberapa banyak yang mahu . Nilai berkurang dan itulah INFLASI.
Sebelum mata wang Euro, negara-negara Eropah menggunakan mata wang yang berbeza dan menyukarkan aktiviti perdagangan. Kemudian mata wang Euro di perkenalkan untuk mengatasi masalah tersebut. Sebelum berita krisis ekonomi berlaku di Greece pakar telah menjangkakan perkara tersebut kerana tindakan penyatuan itu.
Masalah ekonomi Greece, negara tersebut tidak berdisplin dalam penggunaan wang. Negara Greece telah meminjam terlalu banyak, ini kerana untuk kepentingan ahli politik melaksanakan manifesto mereka. Mereka meminjam untuk aktiviti kebajikan rakyat. Jadi kerana sistem wang fiat ini, boleh mengeluarkan wang seberapa banyak wang yang boleh jadi tiada halangan untuk "BUAT DUIT"
Andai mereka tidak meminjam, maka ramai rakyat akan memberontak. Maka runtuhlah sistem pentadbiran mereka.
Hari ini saya nampak mengapa GST dan pemansuhan subsidi. Segala tindakan ini adalah untuk membayar hutang negara. Saya pernah dengar perkataan "Tiada hutang tiada harta". Begitu juga anda yang berhutang untuk menuntut ilmu. Begitu juga negara.
Perkongsian Solusi Atasi Sikap Menteri
===============================
Maka bertambah tertekan rakyat marhaen, apabila mereka di suruh berjimat cermat dan "Tidak balik kampung".Bagi pendapat saya mungkin "statement" tersebut bukan yang kita harapkan.
Kita nampak masalah tetapi apakah solusinya ? Saya cuba memberi pendapat mentah memandangkan umur saya baru 22 tahun dan mengambil jurusan Kejuruteraan Perisian. Jadi saya bukan pakar.
"Statement" yang perlu di keluarkan adalah "Rakyat perlu berusaha mencari 'bajet surplus'". Bajet surplus adalah wang lebihan daripada bajet perbelanjaan kita. Mungkin kita tidak perlu lari dari defisit(kekurangan) tapi sebaliknya menambah 'surplus'".
Jadi semestinya rakyat perlu bekerja sedikit kreatif untuk mencapai bajet surplus.
Saya juga pelik mengapa ORANG KAYA sentiasa menambah pendapatan mereka. Hari ini saya nampak betapa nilai wang itu jatuh sikit demi sedikit.
Jadi untuk mengatasi masalah tersebut, kita tidak hanya perlu mencari wang dalam bentuk kertas. Namun sebaliknya aset, aset yang di maksudkan di sini adalah sesuatu yang memberi anda wang. Seperti rumah sewa, emas, syarikat atau perkara yang anda rasa ada nilai jangka masa panjang.
Perkara di atas menjadi masalah kepada anda kerana anda masih belajar? Bagi saya, aset yang paling penting adalah ilmu. Ya, pada usia muda ini ilmu yang perlu kita isikan dalam diri kita. Kerana itu salah satu pelaburan pada diri.
Namun ilmu yang saya maksudkan bukan sahaja ilmu "mainstream", yang anda kejar untuk maintain pointer di universiti. Ilmu yang saya maksudkan adalah "survival" hidup apabila tidak bergelar mahasiswa lagi.
Bersyukur saya berada di UTM, di beri peluang untuk belajar berdikari sebelum melangkah ke alam pekerjaan a.k.a real world. Antara masalah yang mahasiswa hadapi masalah masa dan masalah kewangan. Ya saya juga menghadapi masalah tersebut.
Perkara paling indah adalah saya belajar untuk mengatasinya. Melakukan latihan menyimpan rekod perbelanjaan dan mengasingkan akaun. Membuat 4 Quadrant Time Management. Saya mengaku masih belum sempurna tetapi sedang belajar.
=============================================
Tulisan di atas berlandaskan sumber
Increase Your Financial IQ - Robert T Kiyosaki
The European Debt Crisis Visualized - Youtube
==============================================
0 ulasan: